Israel dakwa bunuh komander unit dron udara Hezbollah

Agensi
Januari 9, 2024 23:15 MYT
Tentera Israel mendakwa, Ali Hussein Burji (gambar) atau lebih dikenali sebagai Abu Mahdi merupakan komander unit dron pasukan pejuang Lubnan itu telah dibunuh dalam serangan udara.
PASUKAN pejuang Hezbollah mengumumkan kematian Ali Hussein Burji, namun, tidak menyatakan kedudukannya dalam struktur pertempuran kumpulan itu.
Tentera Israel pula mendakwa, Ali Hussein atau lebih dikenali sebagai Abu Mahdi merupakan komander unit dron pasukan pejuang Lubnan itu telah dibunuh dalam serangan udara.
Ali Hussein dilaporkan terbunuh dalam sebuah kereta berhampiran lokasi pengebumian seorang lagi komander Hizbullah yang dibunuh oleh Israel pada Isnin, Wissam al-Tawil.
Acara pengebumian itu berlangsung pada Selasa.
Israel mendakwa, Ali Hussein mengetuai serangan ke atas pangkalan tentera Israel di utara Israel pada Selasa, sebelum kematiannya. - Agensi
#Perang Palestin-Israel #komander Hezbollah #Ali Hussein Burji #israel serang gaza