awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rasuah tender perolehan Tentera Darat: 26 syarikat kini disiasat SPRM
Bursa Malaysia ditutup tinggi naik 0.63 peratus disokong kenaikan saham teknologi
Selangor FC lantik Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel dedah rakaman serangan terhadap Hamas

Agensi
Agensi
08/09/2024
23:45 MYT
Israel dedah rakaman serangan terhadap Hamas
Tentera Israel mendedahkan sebuah lagi rakaman yang memaparkan serangan tentera Israel terhadap pejuang Hamas di Gaza pada Ahad.- Reuters
GAZA: Tentera Israel mendedahkan sebuah lagi rakaman yang memaparkan serangan tentera Israel terhadap pejuang Hamas di Gaza pada Ahad.
Pegawai perubatan tempatan memaklumkan, serangan tentera Israel di seluruh wilayah Gaza mengakibatkan sekurang-kurangnya 61 orang terbunuh dalam tempoh 48 jam dalam konflik Israel Hamas.
Namun begitu, Reuters tidak mengesahkan secara bebas lokasi atau tarikh rakaman tersebut diambil.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Kecemasan Awam Gaza di kawasan utara Semenanjung Gaza termasuk empat keluarganya terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas sebuah rumah di Jabalia.
Perkhidmatan Kecemasan Awam dalam satu kenyataan berkata, kematian Mohammad Morsi menjadikan sejumlah 83 orang anggotanya terbunuh akibat tembakan Israel sejak 7 Oktober 2023.
Bagaimanapun, tentera Israel enggan mengulas lanjut mengenai kematian Morsi.
Sekurang-kurangnya 40,972 rakyat Palestin telah terbunuh manakala 94,761 cedera sejak serangan berterusan Israel pada 7 Oktober tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Hamas
#Palestin
#Israel
#Perang Palestin-Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan