DUNIA

Israel didakwa intip pegawai AS di pangkalan bantuan Gaza

Astro Awani 08/12/2025 | 08:41 MYT
Israel didakwa menjalankan pemantauan terhadap pegawai Amerika Syarikat dan sekutunya di pangkalan bersama di Asia Barat untuk menyelaras bantuan kemanusiaan dan keselamatan di Gaza. -Gambar hiasan/Amanz
TEL AVIV: Israel didakwa menjalankan pemantauan terhadap pegawai Amerika Syarikat dan sekutunya di sebuah pangkalan bersama yang ditubuhkan untuk menyelaras bantuan kemanusiaan dan keselamatan di Gaza, menurut laporan media antarabangsa.


Ringkasan AI
  • Israel didakwa menjalankan pemantauan terhadap pegawai Amerika Syarikat dan sekutunya di pangkalan bersama di Asia Barat untuk menyelaras bantuan kemanusiaan dan keselamatan di Gaza.
  • Pemantauan dilaporkan melibatkan pemasangan peralatan pengintipan elektronik oleh agensi perisikan Israel, termasuk pegawai kanan AS, wakil Kesatuan Eropah, dan pegawai PBB yang terlibat dalam rundingan bantuan dan keselamatan.
  • Dakwaan ini menimbulkan kebimbangan strategik antara Washington dan Tel Aviv serta beberapa ahli Kongres AS menyeru siasatan serta semakan semula bantuan ketenteraan kepada Israel jika kes disahkan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Pangkalan rahsia di Asia Barat itu diwujudkan selepas konflik berpanjangan di antara Israel dan Hamas yang mencetuskan krisis kemanusiaan besar di Gaza, lapor The Guardian.

Ia berfungsi sebagai pusat koordinasi antara tentera AS, pegawai PBB dan wakil negara Eropah bagi menyelaras penghantaran bantuan, keselamatan laluan dan pemantauan gencatan senjata.

Sumber yang enggan dikenali mendakwa agensi perisikan Israel memasang peralatan pemantauan di kawasan pangkalan, termasuk peranti pengintipan elektronik dan pemintas komunikasi.

Sasaran termasuk pegawai kanan AS, wakil Kesatuan Eropah, dan pegawai PBB yang terlibat dalam rundingan bantuan dan keselamatan.

Laporan mendakwa tindakan Israel berpunca daripada kebimbangan terhadap tekanan antarabangsa yang boleh mengehadkan operasi ketenteraan di Gaza serta ketidakpercayaan terhadap beberapa pegawai antarabangsa yang dilihat bersimpati terhadap penduduk Palestin.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Israel enggan mengulas, manakala Kedutaan AS di Tel Aviv menyatakan pihaknya “sedar akan laporan tersebut dan sedang menilai kesahihannya.”

Pegawai kanan Pentagon menyifatkan dakwaan itu sebagai “amat membimbangkan” dan menegaskan bahawa “pengintipan terhadap sekutu rapat tidak boleh diterima.”

Penganalisis keselamatan serantau memberi amaran insiden ini, jika disahkan, boleh menjejaskan hubungan strategik antara Washington dan Tel Aviv, ketika AS memainkan peranan penting menyokong Israel dari segi ketenteraan dan diplomatik.

Sementara itu, beberapa ahli Kongres AS menggesa siasatan segera dan menyemak semula bantuan ketenteraan kepada Israel sekiranya dakwaan ini terbukti benar.




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tujuan utama penubuhan pangkalan bersama yang disebut dalam artikel?
    A: Pangkalan tersebut ditubuhkan untuk menyelaras bantuan kemanusiaan dan keselamatan di Gaza selepas konflik antara Israel dan Hamas.
  • Q: Siapakah yang didakwa menjadi sasaran pemantauan oleh agensi perisikan Israel di pangkalan tersebut?
    A: Pegawai Amerika Syarikat, wakil Kesatuan Eropah, dan pegawai PBB yang terlibat dalam rundingan bantuan dan keselamatan.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pentadbiran AS berkaitan dengan dakwaan pemantauan ini?
    A: Pentadbiran AS menyatakan sedang menilai kesahihan laporan tersebut dan beberapa ahli Kongres AS menggesa siasatan serta menyemak semula bantuan ketenteraan kepada Israel sekiranya dakwaan ini terbukti benar.


#Amerika Syarikat #Israel #pemantauan #peranti pengintipan elektronik