THE HAGUE: Delegasi Palestin termasuk Menteri Luar, Riyad al-Maliki (kanan) memberi tumpuan kepada ucapan pembukaan ketika sesi pendengaran awam di ICJ, The Hague pada Isnin.
Delegasi Palestin termasuk Menteri Luar, Riyad al-Maliki (kanan) memberi tumpuan kepada ucapan pembukaan ketika sesi pendengaran awam di ICJ, The Hague pada Isnin.
“Penduduk Palestin hidup menderita dan menjadi mangsa dasar aparteid di bawah pendudukan Israel.”
Kenyataan itu dizahirkan Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) ketika meminta panel hakim menamatkan segera pencerobohan tanpa syarat ke atas wilayah Palestin.
“Ada pihak yang mungkin berasa terpukul dengan kenyataan saya ini. Tetapi, mereka perlu letakkan diri dalam realiti yang penduduk Palestin terpaksa hadapi hampir pada setiap hari,” tegasnya.
Tribunal berpusat di The Hague itu mengadakan sesi pendengaran awam sepanjang minggu ini berhubung implikasi undang-undang terhadap pendudukan Israel sejak 1967 yang bakal menyaksikan 52 negara termasuk Rusia tampil mengemukakan bukti berkaitan.
“Keadilan sengaja ditangguhkan adalah hak keadilan yang dinafikan. Penduduk Palestin telah menjadi mangsa ketidakadilan sejak sekian lama.
“Sudah sampai masanya untuk menamatkan sikap dwistandard yang menyebabkan populasi itu terus sengsara dalam cengkaman rejim Tel Aviv,” ujarnya.
Pada Disember 2022, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) meminta ICJ memberikan saranan atau nasihat sewajarnya tentang akibat kepada undang-undang yang mungkin timbul daripada amalan dan dasar Israel di wilayah didudukinya termasuk Baitulmaqdis Timur.
Walaupun cadangan yang dikemukakan tidak terikat, ia dianggap penting di tengah-tengah undang-undang antarabangsa yang semakin meningkat terhadap kezaliman Israel yang melancarkan perang genosid di Semenanjung Gaza.
Difahamkan, sesi tersebut adalah berbeza dengan kes berprofil tinggi yang dikemukakan Afrika Selatan berhubung tindakan pembunuhan beramai-ramai dilancarkan rejim Zionis ke atas penduduk Gaza.
Al-Maliki turut sekali lagi menyebut istilah genosid yang sedang berlaku di enklaf tersebut akibat daripada sikap tidak peduli komuniti antarabangsa sejak beberapa dekad lalu.
“Tindakan menghentikan kekejaman Israel adalah bersifat imperatif,” jelasnya lagi.
HARAPAN BAHARU PALESTIN
Pada Januari lalu, kegagalan ICJ untuk mengarahkan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza menerima kritikan banyak pihak. Malah, ia hanya menggesa Israel supaya menghentikan sebarang tindakan yang kononnya boleh membawa kepada genosid.
Tribunal itu juga menolak tuntutan Pretoria untuk mengenakan langkah tambahan ke atas Tel Aviv ketika komuniti antarabangsa mula mempersoalkan fungsi ICJ dalam mempertahankan hak Palestin.
Kumpulan penunjuk perasaan pro-Palestin turut berhimpun di luar pekarangan mahkamah dunia berkenaan sebagai tanda solidariti dengan penduduk Gaza.
“Saya berharap keadilan dapat ditegakkan dan dapat memberi tekanan kepada Israel bagi menuntut dasar yang lebih berperikemanusiaan. Langkah ini akan membawa kepada usaha membebaskan penduduk Palestin,” menurut penganjur protes itu, Nadia Slimi.
ICJ dijangka memuktamadkan keputusan segera tentang isu pendudukan Israel yang dikemukakan UNGA menjelang akhir tahun ini.
Difahamkan, Israel tidak menyertai sesi tersebut setelah mereka dengan angkuh menolak tuntutan PBB pada 2022 yang kononnya disifatkan sebagai memalukan dan tidak berasas.
Dalam pada itu, Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia (HRW) percaya walaupun ICJ hanya mengeluarkan saranan tidak terikat, ia masih boleh membawa kuasa moral dan undang-undang yang besar serta berpotensi termaktub dalam undang-undang antarabangsa. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Wed Feb 21 2024
Riyad Al-Maliki (tengah) ketika memberi kenyataan di luar perkarangan ICJ. - Foto AP
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugut tuduhan edar dadah, miliki senjata tiruan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi mengugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Musk, individu pertama miliki kekayaan lebih AS$400 bilion
Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Forbes dan Bloomberg. Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.
[TERKINI] Gagal teruskan permainan, slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak dapat meneruskan saingan di final Jelajah Dunia BWF apabila menarik diri akibat kecederaan ketika bertemu, Li Shi Feng, sebentar tadi.
Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.
Israel diheret ke ICJ lagi
Penduduk Palestin hidup menderita dan menjadi mangsa dasar aparteid di bawah pendudukan Israel.
Menteri Luar Palestin gesa ICJ tamatkan pendudukan Israel
Pada Isnin, ICJ memulakan sesi pendengaran awam mengenai kesan undang-undang yang timbul akibat daripada dasar dan amalan Israel di Palestin.
Palestin gesa Israel hentikan program nuklear
Penting bagi Israel untuk mematuhi peraturan undang-undang antarabangsa yang berkaitan.
Selamatkan Palestin: Majlis Keselamatan PBB perlu ambil langkah drastik
Riyad al-Maliki menggesa Majlis Keselamatan PBB mengambil langkah segera dalam menghentikan serangan Israel ke atas Gaza.
Mesyuarat tergempar Liga Arab bincang isu Palestin
Menteri Luar Negara-negara Arab mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan perkembangan terkini dalam isu Palestin.