awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel guna bom fosforus putih serang selatan Lubnan

Agensi
Agensi
03/08/2024
23:30 MYT
Israel guna bom fosforus putih serang selatan Lubnan
Israel menggunakan bom fosforus putih yang diharamkan di peringkat antarabangsa untuk membakar perkampungan termasuk tanah ladang di Lubnan Selatan.- Reuters
BEIRUT: Israel menggunakan bom fosforus putih yang diharamkan di peringkat antarabangsa untuk membakar perkampungan termasuk tanah ladang di selatan Lubnan.
Menerusi satu hantaran di X, pemegang akaun Sarah yang merupakan pengulas bebas geopolitik Lubnan memuat naik satu hantaran video mengenai serangan terbaharu itu.
"Israel menggunakan bom fosforus putih yang diharamkan di peringkat antarabangsa untuk membakar kampung dan tanah ladang di selatan Lubnan. Sekali lagi.
"Komuniti antarabangsa kekal membisu, sudah tentu," tulisnya dalam hantaran itu.
BREAKING: Israel is using internationally-banned white phosphorus bombs to burn villages and farmlands in South Lebanon. Again. The international community remains mute. Of course. pic.twitter.com/pALvDP85cY
— sarah (@sahouraxo) August 3, 2024
Bom fosforus putih boleh mengakibatkan sesak nafas, kecederaan serta-merta pada paru-paru, jantung, hati dan buah pinggang, selain berupaya melecurkan kulit serta otot manusia.
Isu senjata berasaskan fosforus putih sama ada membabitkan peluru, roket atau mortar, sudah mendapat perhatian sejak sekian lama termasuk Konvensyen Geneva 1980, di mana penggunaannya dikenakan kawalan ketat bawah undang-undang antarabangsa.
Terdahulu, tentera Israel melakukan serangan ke atas konvoi trak yang memasuki Lubnan dari Syria, pada Jumaat.
Perkara itu didedahkan oleh sumber yang rapat dengan kumpulan Hezbollah.
"Tiga serangan Israel menyasarkan konvoi trak tangki di sempadan Syria-Lubnan di kawasan Hawsh el-Sayyed Ali, mencederakan seorang pemandu Syria," kata sumber itu.
Menurut sumber ity lagu, ia adalah siri serangan terbaharu Israel di kawasan sempadan itu.
Topic Berkaitan
#Israel
#bom fosforus
#lubnan
#Perang Palestin-Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan