awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel guna burung pemangsa kesan mayat rakyatnya

Sinar Harian
Sinar Harian
10/11/2023
02:30 MYT
Israel guna burung pemangsa kesan mayat rakyatnya
Israel guna burung hering dan helang cari mayat di Tel Aviv. - Foto agensi
BAITULMAQDIS: Seorang pakar hidupan liar mendedahkan burung pemangsa akan digunakan untuk mencari penduduk Israel yang terbunuh dalam serangan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu.
Pihak berkuasa Alam dan Taman Israel, Ohad Hatzofe berkata, burung helang, hering dan burung pemangsa lain yang dilengkapi alat pengesan telah digunakan untuk mengesan mayat manusia.
"Apabila perang bermula, saya didatangani beberapa anggota simpanan yang berkhidmat dalam Angkatan Pertahanan Israel (IDF) dan mereka bertanya sama ada saya boleh membantu mengesan mayat," katanya.
Idea pencarian itu datang dari EITAN, sebuah unit dalam cawangan sumber manusia tentera yang bertanggungjawab untuk mengesan askar yang hilang.
Hatzofe yang juga ketua ditugaskan dalam satu program mengesan burung hering terancam, yang kebanyakannya memakan bangkai haiwan.
Program itu telah berjaya menandakan ratusan burung dengan penjejak GPS bagi mengkaji corak migrasi, tabiat pemakanan dan ancaman alam sekitar.
"Saya menghantar data saya kepada tentera dan selepas itu mereka pergi untuk mengesahkannya dan menemui empat mayat,” katanya yang tidak dapat mendedahkan lebih lanjut mengenai lokasi atau identiti mayat itu. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#burung pemakan bagkai
#Israel
#Hamas
#mayat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan