INTERNATIONAL

Israel halang penghantaran vaksin COVID-19 Rusia ke Gaza - Laporan

Bernama 16/02/2021 | 09:08 MYT
Palestin adalah negara pertama di Timur Tengah yang mendaftar untuk vaksin Sputnik V Rusia. - Gambar fail/ Reuters
MOSCOW:Menteri Kesihatan Palestin Mai al-Kaila menuduh Israel menghalang penghantaran dos vaksin COVID-19 Sputnik V Rusia ke Tebing Gaza, lapor Agensi Berita Sputnik.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), Mai al-Kaila berkata pada Isnin, penghantaran Sputnik V untuk pekerja kesihatan telah dihantar ke Gaza tetapi disekat Israel.

Menteri kesihatan menekankan tindakan tersebut bertentangan dengan semua undang-undang dan perjanjian antarabangsa.

Palestin adalah negara pertama di Timur Tengah yang mendaftar untuk vaksin Sputnik V Rusia.

Kempen vaksinasi COVID-19 di Palestin dimulakan pada awal Februari, dengan petugas kesihatan menjadi kumpulan penerima pertama.

-- BERNAMA
#COVID-19 #vaksin #Israel #Palestin #Gaza #sekatan #menghalang penghantaran #Rusia #undang-undang #antarabangsa