DUNIA
Israel, Hamas capai kata sepakat terhadap ‘kebanyakan’ perkara dalam pelan gencatan senjata Gaza - Trump
Pelan 20 perkara yang diumumkan Trump pada 29 Sept itu merangkumi pembebasan semua tawanan Israel dengan pertukaran tahanan Palestin, pelaksanaan gencatan senjata kekal, pelucutan senjata Hamas dan usaha membina semula Gaza. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Jumaat berkata, Israel dan Hamas telah mencapai persetujuan terhadap "kebanyakan" perkara dalam pelan gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang dicadangkannya bagi Gaza, walaupun beliau mengakui terdapat cabaran dalam pelaksanaannya, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Terdapat konsensus terhadap kebanyakan perkara dan beberapa perincian lain akan diselesaikan kemudian seperti biasa.
"Kadang-kadang apabila anda duduk di bilik yang indah di Mesir, semuanya kelihatan mudah untuk diselesaikan, tetapi dari segi pelaksanaan di lapangan, ia boleh menjadi lebih sukar," katanya di Pejabat Oval.
Trump turut memaklumkan, beliau bercadang melawat Israel dan Mesir bagi menandakan kejayaan pelan yang akan menamatkan serangan Israel ke atas wilayah Palestin itu sejak dua tahun lalu.
"Saya akan ke sana... Saya fikir saya akan ke Kaherah. Saya rasa itulah destinasi kita, bukan lokasi upacara menandatangani perjanjian," katanya sambil menambah ramai pemimpin dunia dijemput menghadiri majlis itu.
Perjanjian gencatan senjata Gaza itu dicapai antara Israel dan Hamas pada awal Khamis di bandar Laut Merah Mesir, Sharm el-Sheikh.
Pelan 20 perkara yang diumumkan Trump pada 29 Sept itu merangkumi pembebasan semua tawanan Israel dengan pertukaran tahanan Palestin, pelaksanaan gencatan senjata kekal, pelucutan senjata Hamas dan usaha membina semula Gaza.
Sejak Oktober 2023, serangan Israel mengorbankan hampir 67,000 penduduk Palestin di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Israel telah meluluskan "fasa pertama" pelan gencatan senjata itu, manakala pemimpin Hamas, Khalil al-Hayya berkata kumpulannya telah menerima jaminan bahawa perjanjian itu menandakan "tamat sepenuhnya peperangan di Gaza."
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini