DUNIA
Israel hantar pulang dua aktivis terakhir kapal Handala
Kapal Handala membawa bantuan kemanusiaan termasuk susu formula bayi, makanan dan ubat-ubatan dirampas tentera Israel pada 26 Julai lalu berhampiran pesisir Gaza. - Gambar/ Reuters
ISTANBUL: Dua aktivis terakhir yang menaiki kapal bantuan Handala ke Gaza dihantar pulang oleh Israel, sekali gus menamatkan lima hari penahanan yang disifatkan sebagai tidak sah, lapor Anadolu Ajansi.
Ringkasan AI
Christian Smalls dari Amerika Syarikat dan Hatem Aouini dari Tunisia dihantar pulang melalui Jordan selepas ditahan di Penjara Givon.
Mereka melancarkan mogok lapar sebagai bantahan terhadap penahanan itu.
Aouini disambut oleh pegawai Kedutaan Tunisia di sempadan, menurut organisasi hak asasi, Adalah.
"Dengan ini, kesemua aktivis yang menaiki kapal Handala kini telah dihantar pulang dan tiada lagi yang berada dalam tahanan Israel," menurut kenyataan Adalah pada Khamis.
Organisasi itu sebelum ini memaklumkan bahawa tujuh aktivis ditahan oleh Israel dengan lima daripadanya -- Braedon Peluso (AS), Frank Romano (AS-Perancis), Santiago Gonzalez Vallejo dan Sergio Toribio Sanchez (Sepanyol), serta Vigdis Bjorvand (Norway) telah dipindahkan ke Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv untuk proses penghantaran pulang.
Sementara itu, Smalls dan Aouini ketika itu masih berada di Penjara Givon dan mogok lapar mereka memasuki hari kelima.
Adalah yang menyediakan bantuan guaman kepada para tahanan, menuduh pihak berkuasa Israel melanggar hak asasi aktivis dengan menahan mereka tanpa asas undang-undang serta menempatkan mereka dalam keadaan tahanan yang teruk.
Kapal Handala membawa bantuan kemanusiaan termasuk susu formula bayi, makanan dan ubat-ubatan dirampas tentera Israel pada 26 Julai lalu berhampiran pesisir Gaza.
Kapal itu belayar dari Itali dalam usaha memecahkan kepungan berbulan-bulan oleh Israel yang menyebabkan 2.4 juta penduduk Gaza berada di ambang kebuluran.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Dua aktivis terakhir, Christian Smalls dari AS dan Hatem Aouini dari Tunisia, dihantar pulang oleh Israel melalui Jordan selepas lima hari ditahan di Penjara Givon, menamatkan penahanan kesemua aktivis kapal Handala.
- Aktivis melancarkan mogok lapar sebagai bantahan terhadap penahanan yang disifatkan tidak sah oleh organisasi hak asasi Adalah, yang turut menuduh Israel melanggar hak asasi dan menempatkan tahanan dalam keadaan teruk.
- Kapal Handala yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza dirampas tentera Israel pada 26 Julai berhampiran pesisir Gaza, dalam usaha memecahkan kepungan yang menyebabkan 2.4 juta penduduk Gaza berada di ambang kebuluran.