Israel jangan perasan! - Saifuddin Nasution

Afiezy Azaman
Februari 23, 2024 05:37 MYT
Saifuddin Nasution menganggap muat naik daripada akaun Kopitiam Malaya itu bertujuan mencipta naratif jahat dan fitnah ke atas beliau dan kerajaan Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: "Israel jangan perasan!"
Itu penegasan diberikan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail susulan satu muat naik di laman sosial X yang memaparkan komen Ahli Parlimen Israel, Danny Danon yang dikaitkan dengan Menteri Dalam Negeri itu.
Muat naik itu dikongsikan akaun Kopitiam Malaya di laman X yang mempersoalkan sama ada Israel bakal menjadikan Malaysia destinasi pengecualian visa susulan komen daripada Danon itu.
Saifuddin Nasution menganggap muat naik daripada akaun Kopitiam Malaya itu bertujuan mencipta naratif jahat dan fitnah ke atas beliau dan kerajaan.
"Kehadiran saya seperti dalam gambar ini adalah atas kapasiti saya sebagai salah satu delegasi dan mendengar ucapan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).
"Israel, jangan perasan. Sewaktu ucapan di UNGA, Perdana Menteri Malaysia jelas mengkritik sekeras-kerasnya tindakan Israel di hadapan semua!" tegas Saifuddin Nasution dalam muat naik di laman sosial X hari ini.

Saya menganggap tujuan posting ini dinaikkan semula adalah bertujuan mencipta naratif jahat dan fitnah ke atas saya dan kerajaan Malaysia. Kehadiran saya seperti dalam gambar ni adalah atas kapasiti saya sebagai salah satu delegasi dan mendengar ucapan YAB Perdana Menteri di https://t.co/mwOynC0m36

— Saifuddin Nasution Ismail (@saifnasution) February 23, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada 20 Sept tahun lalu, Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke UNGA ke-78 di New York, Amerika Syarikat.
Selain Saifuddin Nasution, Perdana Menteri diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Luar (ketika itu) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Kesihatan (ketika itu) Dr Zaliha Mustafa dan pegawai kanan kerajaan.
#Saifuddin Nasution #Israel #fitnah #Kopitiam Malaya