DUNIA
Israel label GSF sebagai satu bentuk provokasi, misi penuh helah palsu
Israel turut menggelarkan perjuangan ini sebagai ‘provokasi Hamas Sumud’ walaupun secara jelas misi berkenaan hanya membawa bantuan asas untuk membantu rakyat Gaza yang menderita akibat kebuluran. - Gambar Global Sumud Flotilla/via Reuters
KUALA LUMPUR: Israel mendakwa, misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, Palestin hanyalah satu bentuk provokasi.
Menerusi kenyataan Kementerian Luar Israel (IFM), sebarang bantuan boleh disalurkan ke Gaza melalui cara yang aman dan bukan dengan pelayaran yang disifatkan sebagai penuh helah palsu.
“Seperti yang telah dinyatakan berulang kali oleh Israel, sebarang bantuan yang mungkin dibawa oleh bot-bot ini, walaupun jumlahnya kecil, boleh disalurkan ke Gaza melalui cara yang aman.
“Ini tidak lain hanyalah satu bentuk provokasi,” kata IFM dalam perkongsian di X pada Jumaat.
Setakat ini, IFM mengesahkan, empat warganegara Itali telah diusir, manakala baki selebihnya masih dalam proses dan ia akan dilakukan dengan segera.
Israel turut mendakwa, kesemua mereka yang ditahan termasuk aktivis alam sekitar, Greta Thurnberg dalam keadaan selamat dan sihat.
Rentetan itu, pihaknya memaklumkan, mereka sedang memuktamadkan pengusiran para peserta sambil menggelarkan perjuangan ini sebagai ‘provokasi Hamas Sumud’, walaupun secara jelas misi berkenaan hanya membawa bantuan asas untuk membantu rakyat Gaza yang menderita akibat kebuluran.
Dapatkan berita terkini di sini