[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Israel lakukan genosid baharu di Jabaliya, Gaza - Pelapor Khas PBB

Bernama 14/10/2024 | 08:57 MYT
Rakyat di Jabaliya dibunuh sama ada secara berkumpulan atau secara individu, dalam tindakan sadis dan kejam yang sukar dibayangkan. - Gambar fail/AP
NEW YORK: Francesca Albanese, Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai situasi hak asasi manusia di wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967, berkata bahawa tentera Israel kini melakukan siri pembunuhan beramai-ramai di Jabaliya, kawasan utara Semenanjung Gaza.

Ringkasan AI
  • Tentera Israel didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai di Jabaliya, utara Gaza.
  • Rakyat di Jabaliya dibunuh secara berkumpulan atau individu dalam tindakan yang digambarkan sebagai sadis dan kejam.
  • Tindakan ini didakwa dilakukan dengan sokongan dan senjata dari negara-negara Barat.

"Saat kita berbicara, menulis, tweet dan menangis, tentera Israel melakukan satu lagi pembunuhan beramai-ramai di utara Gaza," kata Albanese dalam satu hantaran di platform X, seperti yang dipetik oleh Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau menjelaskan bahawa rakyat di Jabaliya dibunuh sama ada secara berkumpulan atau secara individu, dalam tindakan sadis dan kejam yang sukar dibayangkan.
Tindakan ini dilakukan oleh warga Israel yang bersetuju menjadi 'pembunuh sukarela', menjadi sebahagian daripada rancangan genosid, menggunakan senjata buatan Barat dan dengan sokongan daripada negara-negara Barat.
"Sukar untuk dipercayai bahawa kita tahu apa yang sedang dilakukan Israel, namun kita semua tidak mampu menghentikannya.
"Jika dibandingkan dengan keadaan 100 tahun lalu, tidak banyak kemajuan yang telah dicapai," katanya.
-- BERNAMA
#PBB #Gaza #pembunuhan beramai-ramai #kekejaman israel