awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel lancar serangan udara ke atas Gaza

Bernama
Bernama
02/07/2021
15:54 MYT
Israel lancar serangan udara ke atas Gaza
Dalam tempoh 10 hingga 21 Mei, serangan udara dilancarkan rejim Israel di Semenanjung Gaza, membunuh sekurang-kurangnya 289 penduduk Palestin. - Gambar fail/ Twitter @cyblesoleil
BANDAR GAZA: Jet pejuang Israel pada Jumaat melancarkan serangan udara yang menyasarkan beberapa kawasan dikuasai Hamas di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Tindakan itu sebagai membalas serangan belon api yang dilancarkan dari Gaza terhadap penempatan Israel, jet pejuang tentera Israel menyerang sebuah kawasan yang digunakan Hamas bagi tujuan mengkaji dan menghasikan senjatanya," dakwa tentera Israel di Twitter.
Hamas belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai serangan udara tersebut.
Dalam tempoh 10 hingga 21 Mei, serangan udara dilancarkan rejim Israel di Semenanjung Gaza, membunuh sekurang-kurangnya 289 penduduk Palestin dan mencederakan ribuan yang lain, manakala pejuang Palestin bertindak balas melancarkan peluru berpandu menyasarkan bandar Israel.
Kejadian itu tercetus apabila mahkamah Israel memutuskan untuk mengusir keluarga Palestin dari kediaman mereka di kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur.
Seramai 13 penduduk Israel maut akibat serangan roket Palestin.
Keganasan itu berakhir di bawah persetujuan gencatan senjata pada 21 Mei, menyaksikan Mesir bertindak sebagai orang tengah.
Topic Berkaitan
#Gaza
#israe
#serangan udara
#Hamas
#pesawat pejuang
#bom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan