BAITULMAQDIS: Israel meluluskan dos vaksin COVID-19 keempat untuk penduduk yang berumur lebih 60 tahun dan petugas perubatan, kata Perdana Menteri Israel Naftali Bennett pada Ahad.
Dalam sidang media maya, Bennett berkata dos keempat vaksin yang dibangunkan oleh Pfizer itu, diluluskan oleh Kementerian Kesihatan negara berkenaan untuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan kakitangan perubatan yang menerima dos ketiga sekurang-kurangnya empat bulan lalu, lapor Xinhua.
Beliau berkata suntikan penggalak tambahan itu akan memberikan Israel "lapisan pertahanan baharu".
Bennett menggesa warga emas untuk mendapatkan suntikan penggalak, sambil mengingatkan mereka bahawa Israel berada di ambang satu lagi lonjakan morbiditi akibat penyebaran varian Omicron.
Negara mungkin "menyaksikan sebanyak 50,000 kes coronavirus baharu," kata Bennett.
Israel pada Khamis meluluskan suntikan vaksin keempat untuk penduduk yang mempunyai masalah imun dan warga tua yang tinggal di rumah jagaan, menjadi antara negara terawal yang menawarkan dos penggalak itu.
Kira-kira 70 peratus daripada 9.45 juta penduduk Israel sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, dan kira-kira 45 peratus menerima ketiga-tiga dos itu, menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pada Ahad .
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 03 2022
Bennett berkata suntikan penggalak tambahan itu akan memberikan Israel "lapisan pertahanan baharu". - Gambar fail/REUTERS
Malaysia gesa masyarakat antarabangsa terus menekan Israel
Wisma Putra menjelaskan keganasan Israel terhadap Palestin di Gaza yang menyebabkan kini dilanda kebuluran, malnutrisi dan penyakit.
10 Berita Pilihan - (29 Mac 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kementerian bercadang anjur jelajah tingkat kesedaran kanak-kanak guna media sosial - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau telah berhubung dengan pejabat Menteri Pendidikan bagi menyatakan hasrat itu.
Sistem PADU selamat - Fahmi
Antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.
Tumpuan Sabtu - 30 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KPM pertimbang perjawatan warden bukan dalam kalangan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedia mempertimbangkan untuk mewujudkan perjawatan warden bukan dalam kalangan guru di sekolah berasrama, dalam menangani pelbagai isu termasuk kes buli.
Seluruh Perlis, 30 kawasan lain catat suhu panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Louis Gossett Jr meninggal dunia pada usia 87 tahun
Louis Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Malaysia gesa masyarakat antarabangsa terus menekan Israel
Wisma Putra menjelaskan keganasan Israel terhadap Palestin di Gaza yang menyebabkan kini dilanda kebuluran, malnutrisi dan penyakit.
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
Pakaian dalam wanita Palestin jadi bahan gurauan tentera Israel
Ini sekali gus mencipta rekod visual yang sumbang tentang perang di Gaza ketika kebuluran yang semakin meruncing.
Resolusi baharu perlu diusulkan jika Israel berdegil - Yayasan MyAqsa
Resolusi baharu perlu diusulkan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) jika Israel masih berdegil dengan tidak menguatkuasakan gencatan senjata di Palestin.
Majlis Keselamatan PBB tuntut gencatan senjata segera di Gaza tanpa veto AS
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menuntut gencatan senjata segera antara Israel dan Hamas.
EU kutuk Israel rampas 800 hektar tanah di Tebing Barat
Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad mengecam tindakan Israel merampas 800 hektar tanah di Lembah Jordan di Tebing Barat yang diduduki.
Kementerian Luar Palestin kutuk serangan berterusan Israel di Kompleks Perubatan Al-Shifa
Katanya, Israel cuba memusnahkan keseluruhan hospital, membunuh ratusan orang awam dan penduduk yang mencari perlindungan di kompleks itu.
Gaza di ambang kebuluran, malapetaka kemanusiaan - Presiden Suruhanjaya Eropah
Pemimpin Kesatuan Eropah Charles Michel dan Ursula von der Leyen pada Khamis mengeluarkan kenyataan tegas berhubung keperluan tindakan kemanusiaan segera di Gaza.
EU, PBB gesa Israel benarkan lebih banyak bantuan ke Gaza
Ini susulan situasi di Gaza bertambah buruk dengan lebih daripada separuh penduduk menghadapi krisis kebuluran.
Blinken mula lawatan ke-6 di Asia Barat dengan misi akhiri perang
Diplomat tertinggi AS itu juga dijangka mengadakan perbincangan dengan pemimpin de facto Arab Saudi, Putera Mahkota Mohamed Bin Salman.