[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
INTERNATIONAL

Israel mohon bantuan antarabangsa padam kebakaran hutan terbesar

Astro Awani 01/05/2025 | 09:40 MYT
Kebakaran hutan besar berhampiran bandar Bet Shemesh telah mencetuskan kekacauan di Israel, memaksa kerajaan mengisytiharkan darurat dan meminta bantuan antarabangsa. -Gambar fail/AP
TEL AVIV: Kebakaran hutan besar yang melanda kawasan berhampiran bandar Bet Shemesh telah mencetuskan kekacauan di Israel, memaksa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk mengisytiharkan darurat.

Ringkasan AI
  • Kebakaran hutan besar berhampiran bandar Bet Shemesh telah mencetuskan kekacauan di Israel, memaksa kerajaan mengisytiharkan darurat dan meminta bantuan antarabangsa.
  • Netanyahu memberi amaran bahawa api mungkin merebak ke Baitulmuqaddis jika tidak dikawal segera, dan Menteri Keselamatan mendakwa kebakaran mungkin berpunca daripada perbuatan khianat.
  • Ribuan penduduk telah dipindahkan ke tempat perlindungan sementara, dengan 23 mangsa cedera akibat sesak nafas dan melecur.

Kementerian Luar Israel dilapor telah menghubungi beberapa negara jiran seperti Greece, Cyprus, Croatia, Itali, dan Bulgaria untuk mendapatkan bantuan.
Tiga pesawat pemadam kebakaran dari Rom dan Zagreb dijangka tiba untuk membantu usaha pemadaman.
Dalam satu kenyataan, Netanyahu memberi amaran bahawa api mungkin merebak ke Baitulmuqaddis jika tidak dikawal segera.
“Kami akan terus berusaha tanpa henti untuk melindungi rakyat dan harta benda,” tambah Netanyahu.
Menteri Keselamatan, Itamar Ben Gvir, dalam pada itu mendakwa kebakaran mungkin berpunca daripada perbuatan khianat.
Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan kepulan asap tebal memenuhi lebuh raya utama, menyebabkan pengguna jalan raya meninggalkan kenderaan mereka dalam keadaan panik.
Sementara itu, agensi penyelamat Magen David Adom melaporkan 23 mangsa cedera, kebanyakannya akibat sesak nafas dan melecur.
Ribuan penduduk di kawasan berhampiran telah dipindahkan ke tempat perlindungan sementara.
Kebakaran yang disifatkan sebagai terbesar dalam sejarah kependudukan rejim zionis itu telah memusnahkan kawasan hutan yang luas dan mengancam kawasan kediaman.
#kebakaran hutan #Benjamin Netanyahu #rejim Zionis #Bet Shemesh