[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
INTERNATIONAL

Israel mulakan serangan darat bersasar di Lubnan

Astro Awani 30/09/2024 | 23:30 MYT
Tentera Udara Israel dan Artileri IDF menyokong tentera darat dengan serangan tepat ke atas sasaran di kawasan itu. - Foto REUTERS
BEIRUT: Israel secara rasmi telah memulakan operasi darat di selatan Lubnan, awal pagi Selasa.
Dalam satu kenyataan disiarkan di laman sosial X, rejim Zionis itu berkata, serangan dilakukan adalah terhad, setempat dan disasarkan terhadap kumpulan Hezbollah.
"Sasaran yang terletak berhampiran dengan sempadan menimbulkan ancaman segera kepada masyarakat Israel.
"Tentera Udara Israel dan Artileri IDF menyokong tentera darat dengan serangan tepat ke atas sasaran di kawasan itu,” tambah kenyataan Angkatan Pertahanan Israel.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Serangan intensif Israel terhadap Hezbollah di Lubnan dan Houthi di Yaman menimbulkan kebimbangan bahawa pertempuran di Asia Barat menjadi di luar kawalan sehingga mengheret Iran dan Amerika Syarikat (AS), iaitu sekutu utama Israel.
#Israel #serangan darat #lubnan #Hezbollah #terkini