awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel musnahkan lintasan Rafah, jejaskan 1.5 juta penduduk Gaza

Sinar Harian
Sinar Harian
08/05/2024
04:40 MYT
Israel musnahkan lintasan Rafah, jejaskan 1.5 juta penduduk Gaza
Dr Ziad Shehada berkata, kemusnahan itu mengakibatkan tiada lagi trak bantuan kemanusiaan dapat memasuki Gaza.
KUALA LUMPUR: Rejim Zionis Israel kini sudah mula memusnahkan lintasan Rafah seterusnya menjejaskan kira-kira 1.5 juta penduduk Gaza yang berlindung di kawasan terbabit.
Pengurus Besar Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) di Gaza, Dr Ziad Shehada berkata, kemusnahan itu mengakibatkan semua lintasan di Rafah ditutup pada Selasa dan tiada lagi trak bantuan kemanusiaan dapat memasuki Gaza.
“Tiada lagi mangsa yang boleh meninggalkan Gaza untuk rawatan perubatan dan tiada lagi makanan serta minuman yang boleh didapati di pasaran.
“Kira-kira 1.5 juta orang (rakyat Palestin) sedang berpindah dari Rafah ke kawasan lain lain seperti Khan Younis, Deir Al Balah, Nusairat dan lain-lain,” katanya menerusi rakaman video di TikTok beliau.
Media melaporkan tentera Israel pada Selasa berkata pihaknya mengambil alih kawalan operasi di lintasan sempadan Rafah iaitu terletak antara Gaza dengan Mesir dan pasukan khas rejim itu sedang mengimbas kawasan berkenaan.
Rafah menempatkan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal dan berlindung daripada serangan Israel sejak 7 Oktober tahun lalu.
Ziad memaklumkan, kebanyakan daripada mangsa yang berpindah juga tidak mempunyai khemah untuk berteduh.
“Kami di MyCare mempunyai banyak khemah tetapi ia tidak mencukupi untuk menampung semua orang.
“Saya percaya hampir setengah juga orang (kaum lelaki) bersama wanita dan anak-anak mereka tidur di jalanan dan di pantai malam tadi tanpa sebarang (kemudahan atau kelengkapan) apa pun,” ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kekejaman israel
#Rafah
#serangan Israel
#MyCare
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan