DUNIA

Israel negara paling banyak bunuh wartawan pada 2025 - RSF

Astro Awani 09/12/2025 | 11:00 MYT
Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut Israel digelar "pembunuh utama wartawan" oleh RSF. -Gambar fail/AP
PARIS: Israel sekali lagi disenaraikan sebagai negara yang paling banyak membunuh wartawan pada 2025, menurut laporan tahunan oleh pertubuhan kebebasan media berpangkalan di Paris, Reporters Without Borders (RSF).


Ringkasan AI
  • Israel disenaraikan sebagai negara yang paling banyak membunuh wartawan pada 2025 oleh Reporters Without Borders (RSF).
  • RSF mendedahkan bahawa 29 wartawan Palestin terbunuh akibat serangan tentera Israel di Gaza, menyumbang 43% daripada keseluruhan kematian wartawan di seluruh dunia tahun ini.
  • RSF menuduh Israel menjalankan kempen propaganda yang menyamakan wartawan dengan pengganas, menimbulkan kebimbangan ke atas keselamatan wartawan di zon konflik dan perlunya mekanisme perlindungan yang lebih berkesan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Dalam laporan yang diterbitkan Selasa, RSF mendedahkan bahawa 29 wartawan Palestin terbunuh akibat serangan tentera Israel di Gaza, menjadikan Israel bertanggungjawab atas 43 peratus daripada keseluruhan 67 kematian wartawan di seluruh dunia sepanjang tahun ini.

Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut Israel digelar “pembunuh utama wartawan” oleh RSF.

Laporan itu menyifatkan tindakan tentera Israel sebagai “musuh paling ketara kepada wartawan”, khususnya dalam konteks perang yang berlarutan di Gaza sejak Oktober 2023.

Antara insiden paling berdarah yang direkodkan ialah serangan “double-tap” ke atas sebuah hospital di selatan Gaza pada 25 Ogos lalu, yang mengorbankan lima wartawan termasuk dua penyumbang bebas.

Pengarah Eksekutif RSF, Thibaut Bruttin, berkata: "Inilah akibat kebencian terhadap wartawan — 67 orang terbunuh tahun ini, bukan secara kebetulan, dan bukan kerana tersilap sasaran. Mereka dibunuh, disasar kerana tugas mereka."

RSF turut menuduh Israel menjalankan kempen propaganda global yang menyamakan wartawan dengan pengganas bagi mewajarkan tindakan ketenteraan terhadap media Palestin.

Sejak Oktober 2023, lebih 220 wartawan dilaporkan terbunuh di Gaza, 62 daripadanya disahkan dibunuh kerana profesion mereka.

Laporan ini mencetuskan kebimbangan mendalam dalam kalangan komuniti antarabangsa terhadap keselamatan wartawan di zon konflik, serta keperluan mendesak untuk mekanisme perlindungan yang lebih berkesan dan akauntabiliti terhadap jenayah terhadap media.



Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Mengapa Israel disenaraikan sebagai negara yang paling banyak membunuh wartawan pada tahun 2025 menurut laporan RSF?
    A: Israel disenaraikan sebagai negara yang paling banyak membunuh wartawan pada tahun 2025 kerana bertanggungjawab atas 43 peratus daripada keseluruhan 67 kematian wartawan di seluruh dunia, terutamanya disebabkan serangan tentera Israel di Gaza yang mengorbankan 29 wartawan Palestin.
  • Q: Apakah insiden berdarah yang disebutkan dalam laporan RSF berkenaan pembunuhan wartawan di Gaza?
    A: Antara insiden berdarah yang direkodkan ialah serangan "double-tap" ke atas sebuah hospital di selatan Gaza pada 25 Ogos yang mengorbankan lima wartawan, termasuk dua penyumbang bebas.
  • Q: Apakah tuduhan yang dilontarkan oleh RSF terhadap Israel dalam laporan berkenaan?
    A: RSF menuduh Israel menjalankan kempen propaganda global yang menyamakan wartawan dengan pengganas bagi mewajarkan tindakan ketenteraan terhadap media Palestin, serta menggelar Israel sebagai "musuh paling ketara kepada wartawan".
  • Q: Berapa jumlah wartawan yang dilaporkan terbunuh di Gaza sejak Oktober 2023, menurut laporan RSF?
    A: Sejak Oktober 2023, lebih 220 wartawan dilaporkan terbunuh di Gaza, dengan 62 daripadanya disahkan dibunuh kerana profesion mereka, mencetuskan kebimbangan mendalam dalam kalangan komuniti antarabangsa terhadap keselamatan wartawan di zon konflik.
  • Q: Apakah keperluan mendesak yang dinyatakan dalam laporan RSF berkenaan keselamatan wartawan di zon konflik?
    A: Laporan RSF menyeru kepada keperluan mekanisme perlindungan yang lebih berkesan dan akauntabiliti terhadap jenayah terhadap media, serta menekankan kebimbangan dalam kalangan komuniti antarabangsa terhadap keselamatan wartawan di zon konflik.


#Israel #RSF #bunuh wartawan #Gaza #pengganas