[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Israel sahkan lancar serangan ke atas Iran

Agensi 25/10/2024 | 23:45 MYT
Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengakui sedang "melakukan serangan tepat ke atas sasaran tentera di Iran."
TEL AVIV: Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengakui sedang "melakukan serangan tepat ke atas sasaran tentera di Iran," kata jurucakapnya, Daniel Hagari dalam kenyataan yang dikeluarkan susulan laporan letupan yang kedengaran di Tehran.
IDF mendakwa, serangan itu sebagai tindak balas terhadap Iran yang "tidak henti-henti menyerang" Israel sejak 7 Oktober tahun lalu.
“Seperti setiap negara berdaulat lain di dunia, Israel mempunyai hak dan kewajipan untuk bertindak balas,” tambah Hagari.
IDF juga memberi amaran bahawa "keupayaan pertahanan dan serangannya digerakkan sepenuhnya di Iran." - Agensi
#Israel serang Iran #letupan di Tehran #Israel balas dendam #Perang Palestin-Israel