awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel sekat pergerakan pesakit Gaza melalui pintu sempadan Rafah

Bernama
Bernama
04/02/2026
12:12 MYT
Israel sekat pergerakan pesakit Gaza melalui pintu sempadan Rafah
Sejak pintu sempadan itu dibuka semula pada Isnin, hanya 50 pesakit dan individu cedera, termasuk pengiring mereka, berjaya keluar. - AP
GAZA: Pihak berkuasa pendudukan Israel menghalang pesakit dan individu cedera daripada melakukan perjalanan melalui pintu sempadan Rafah di selatan Gaza pada Rabu, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin Raed al-Nims memberitahu WAFA bahawa pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan mengenai pembatalan itu, walaupun semua prosedur telah diselesaikan dan pesakit sudah bersedia di Hospital Bulan Sabit Merah di Khan Younis.
Perkara itu mengejutkan pihak berkuasa berkaitan dan pesakit.
Beliau berkata sejak pintu sempadan itu dibuka semula pada Isnin, hanya 50 pesakit dan individu cedera, termasuk pengiring mereka, berjaya keluar.
Seramai tujuh pesakit bersama pengiring berlepas pada hari pertama, manakala 16 lagi pada hari kedua, semuanya dalam tempoh 48 jam.
Al-Nims berkata pembatalan itu berlaku dalam konteks sikap melengah-lengahkan dan menghalang perjalanan pesakit oleh pihak pendudukan, walaupun terdapat keperluan mendesak untuk mendapatkan rawatan di luar Semenanjung Gaza, sambil menyatakan kira-kira 18,500 pesakit dan individu cedera memerlukan rawatan di luar negara.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#pesakit gaza
#sekatan
#Israel
#sempadan Rafah
#bantuan kemanusiaan
#rawatan
#Mesir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami