[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
DUNIA

Israel serang Gaza: "Amerika Syarikat tiada kredibiliti sebagai perantara" – Hamas

Agensi 17/09/2025 | 23:10 MYT
Seorang pegawai kanan Hamas menyifatkan pengalaman kumpulannya dengan usaha Amerika Syarikat (AS) menjadi perantara sebagai sesuatu yang “pahit”, sambil menegaskan Washington tidak mempunyai kredibiliti.
GAZA: Seorang pegawai kanan Hamas, Ghazi Hamad menyifatkan pengalaman kumpulannya dengan usaha Amerika Syarikat (AS) menjadi perantara sebagai sesuatu yang “pahit”, sambil menegaskan Washington tidak mempunyai kredibiliti selepas pentadbiran Presiden Donald Trump menarik balik cadangan gencatan senjata di Gaza.

Bercakap kepada Al Jazeera Arabic, Hamad berkata, rancangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengubah landskap politik Asia Barat memerlukan tindak balas segera daripada negara-negara Arab.

Ahli Biro Politik Hamas itu turut menegaskan, kumpulannya tidak memerlukan arahan daripada Trump mengenai bagaimana mereka harus melayan tawanan Israel yang berada dalam tahanan.

“Dia (Trump) tidak menakutkan kami,” kata Hamad, sambil menjelaskan bahawa layanan terhadap tawanan berasaskan “kepercayaan dan prinsip Islam”.

Hamad menambah: “Kami melayan para tahanan berdasarkan nilai kami dan meskipun berlaku pembantaian terhadap rakyat kami, pihak yang sebenarnya meletakkan mereka dalam bahaya adalah pendudukan Israel itu sendiri.” - Al Jazeera



#israel serang gaza #Amerika Syarikat #AS tiada kredibiliti #Hamas #Benjamin Netanyahu #Donald Trump