DUNIA
Israel serang Iran: Jordan tutup ruang udara, hentikan penerbangan
Keputusan itu dibuat selepas Israel melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran terhadap Iran awal pagi Jumaat. - Foto Reuters
ISTANBUL: Jordan pada Jumaat mengumumkan penutupan sementara ruang udaranya, lapor Anadolu Ajansi memetik media tempatan.
Ringkasan AI
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Jordan menyatakan bahawa semua trafik udara keluar dan masuk ke negara itu dihentikan "bagi menjangkakan sebarang risiko yang mungkin timbul susulan peningkatan ketegangan di rantau ini," lapor agensi berita rasmi Petra.
[TERKINI] Israel serang Iran: Apa yang kita tahu setakat ini
Keputusan itu dibuat selepas Israel melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran terhadap Iran awal pagi Jumaat, dengan serangan menyasarkan program nuklear serta keupayaan peluru berpandu jarak jauhnya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Jordan menutup sementara ruang udaranya bagi mengelakkan sebarang risiko akibat peningkatan ketegangan di rantau ini, dengan semua trafik udara keluar dan masuk dihentikan.
- Langkah ini diambil selepas Israel melancarkan serangan ketenteraan besar-besaran terhadap Iran, yang menyasarkan program nuklear dan keupayaan peluru berpandu jarak jauh.
- Keputusan Jordan diumumkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam negara itu, yang sedang memantau situasi semasa demi keselamatan penerbangan.