DUNIA

Israel serang Iran: Lembaga Gabenor IAEA bersidang Isnin

Bernama 15/06/2025 | 04:45 MYT
Tentera Israel melancarkan serangan awal pagi Jumaat yang menyasarkan kemudahan nuklear dan peluru berpandu Iran, termasuk tapak di Natanz dan Isfahan. - Foto Reuters
VIENNA: Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) akan mengadakan mesyuarat tergempar Lembaga Gabenor pada Isnin di ibu pejabatnya bagi membincangkan kesan serangan tentera Israel terhadap kemudahan nuklear Iran, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).


Ringkasan AI
  • Mesyuarat tergempar IAEA: IAEA akan mengadakan mesyuarat tergempar Lembaga Gabenor pada hari Isnin untuk membincangkan kesan serangan Israel terhadap kemudahan nuklear Iran, atas permintaan Rusia.
  • Serangan Israel ke atas Iran: Tentera Israel melancarkan serangan awal pagi Jumaat yang menyasarkan kemudahan nuklear dan peluru berpandu Iran, termasuk tapak di Natanz dan Isfahan.
  • Kesan serangan: Serangan tersebut mengorbankan lebih 100 orang termasuk pegawai kanan tentera dan saintis nuklear Iran, serta mencederakan ratusan yang lain.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu, IAEA memaklumkan bahawa mesyuarat itu diadakan atas permintaan Misi Tetap Persekutuan Rusia.

Dalam serangan awal pagi Jumaat, tentera Israel menyerang Iran dengan menyasarkan kemudahan nuklear dan peluru berpandu, menyebabkan lebih 104 orang terkorban termasuk komander tentera kanan dan saints, serta mencederakan hampir 380 yang lain.

-- BERNAMA




#Israel serang Iran #Agensi Tenaga Atom Antarabangsa #IAEA #Mesyuarat tergempar #Lembaga Gabenor