DUNIA
Israel serang Iran: Netanyahu larikan diri ke Greece?

Pesawat rasmi Perdana Menteri Israel, Wing of Zion yang dilihat di Lapangan Terbang Athens pada tengah hari Jumaat lalu. - Agensi via Sinar Harian
ATHENS: Warganet ligat membuat spekulasi dan teori tentang pesawat rasmi Perdana Menteri Israel, Wing of Zion yang dilihat di Lapangan Terbang Athens pada tengah hari Jumaat lalu, beberapa jam selepas Tel Aviv melancarkan siri serangan udara ke atas kemudahan nuklear dan beberapa lokasi di Iran.
Ringkasan AI
- Spekulasi pesawat rasmi Netanyahu di Athens: Pesawat rasmi Perdana Menteri Israel, Wing of Zion, dikesan mendarat di Lapangan Terbang Athens beberapa jam selepas Israel melancarkan serangan ke atas Iran, mencetuskan pelbagai teori dalam kalangan warganet dan pemerhati antarabangsa.
- Motif keselamatan atau diplomatik: Pemerhati berpendapat pemindahan pesawat itu mungkin langkah keselamatan untuk mengelak serangan balas Iran atau sebahagian daripada strategi diplomatik dan ketenteraan Israel.
- Tiada pengesahan rasmi: Setakat ini, tiada pengesahan sama ada Netanyahu atau ahli keluarganya menaiki pesawat tersebut, namun laporan menyebut pesawat itu mungkin membawa Duta Israel ke Greece, Noam Katz, selepas penerbangan komersial dibatalkan.
Beberapa pemerhati mendedahkan beberapa kemungkinan motif strategik di sebalik langkah itu yang kononnya melibatkan protokol keselamatan dipertingkatkan dan perancangan diplomatik atau ketenteraan berpotensi.
Menurut mereka, keputusan menempatkan pesawat Netanyahu di Athens mungkin bertujuan untuk mengalihkannya dari zon serangan peluru berpandu atau dron yang menyasarkan infrastruktur udara Israel.
Terdapat juga spekulasi pemimpin ekstremis itu mungkin melarikan diri ke ibu kota Greece bersama keluarganya sebagai langkah berjaga-jaga kerana takut dengan serangan balas Teheran.
Keberadaan Netanyahu terus mencetuskan teka-teki kerana pihak berkuasa Israel sendiri tidak mengesahkan dakwaan tersebut, namun ramai yang percaya dia pastinya berbuat demikian demi menyelamatkan diri. - Agensi via Sinar Harian

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami