awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DJ Dave kekal bersemangat menyumbang kepada dunia seni
Pengeluaran air mata berlebihan mungkin tanda saluran air mata tersumbat
Indonesia akan bina Kampung Haji di Mekah bagi kurangkan kos ibadah haji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel serang Lubnan, dakwa sasar Hezbollah dan Hamas

Agensi
Agensi
05/01/2026
22:20 MYT
Israel serang Lubnan, dakwa sasar Hezbollah dan Hamas
Tentera Israel melancarkan serangan ke atas apa yang didakwa sebagai sasaran Hezbollah dan Hamas di Lubnan, selepas mengeluarkan arahan pemindahan bagi empat kampung di timur dan selatan negara itu. - Gambar fail Reuters
BEIRUT: Tentera Israel melancarkan serangan ke atas apa yang didakwa sebagai sasaran Hezbollah dan Hamas di Lubnan, selepas mengeluarkan arahan pemindahan bagi empat kampung di timur dan selatan negara itu.
Jurucakap tentera Israel memaklumkan, pihaknya merancang serangan udara ke atas “infrastruktur ketenteraan” Hezbollah dan Hamas di kampung Hammara dan Ain el-Tineh di Lembah Bekaa, serta Kfar Hatta dan Annan di selatan Lubnan.
Puluhan keluarga meninggalkan kampung berkenaan selepas amaran dikeluarkan, dengan dron berlegar di udara. Beberapa ambulans dan jentera bomba turut bersiap siaga.
Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan, serangan dron ke atas sebuah kereta di kampung Braikeh, selatan Lubnan, pada Isnin mencederakan dua individu.
Tentera Israel mendakwa serangan itu menyasarkan dua anggota Hezbollah.
Serangan terbaharu ini menyusuli insiden pada Ahad, apabila serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di Ayn al-Mizrab, utara Bint Jbeil, mengorbankan dua orang.
Tentera Israel mendakwa, serangan yang berlaku kira-kira 10 kilometer dari sempadan itu turut menyasarkan anggota Hezbollah.
Israel terus melancarkan serangan meskipun gencatan senjata yang ditaja Amerika Syarikat (AS) pada 2024 telah menamatkan lebih setahun pertempuran sengit antara pasukan Israel dan Hezbollah.
Bagaimanapun, tentera Israel didakwa berulang kali melanggar gencatan senjata dengan serangan bom dan masih menduduki lima kawasan di Lubnan.
Lubnan kini berdepan tekanan meningkat daripada Amerika Syarikat dan Israel untuk melucutkan senjata Hezbollah, dengan kebimbangan bahawa Israel akan meningkatkan serangan.
Tentera Lubnan dijangka menyelesaikan proses pelucutan senjata di selatan Sungai Litani – kira-kira 30 kilometer dari sempadan Israel – menjelang akhir 2025.
Menteri Luar Israel, Gideon Saar pada Ahad menyifatkan usaha pelucutan senjata itu “jauh daripada mencukupi.”
Penganalisis keselamatan berpangkalan di Beirut, Ali Rizk berkata. serangan terbaharu ini tidak mengejutkan susulan pertemuan minggu lalu antara Presiden AS, Donald Trump, dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
“Terdapat laporan bahawa Israel mendapat lampu hijau untuk meningkatkan serangan terhadap Hezbollah,” katanya kepada Al Jazeera.
Beliau turut menekankan rujukan Israel terhadap Hamas sebagai sasaran memberi tekanan tambahan kepada Lubnan, “bukan sahaja untuk bertindak terhadap Hezbollah, tetapi juga terhadap mana-mana kumpulan anti-Israel yang mungkin berada di wilayah Lubnan.”
Kerajaan Lubnan dijangka bermesyuarat pada Selasa bagi membincangkan kemajuan tentera dalam melucutkan senjata Hezbollah, yang kekal berpengaruh meskipun mengalami kerugian besar termasuk kematian pemimpin kanan, Hassan Nasrallah, pada September 2024.
Jawatan kuasa pemantau gencatan senjata yang turut disertai pasukan pengaman dari Lubnan, Israel, Perancis, Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dijangka bersidang dalam masa terdekat.
Serangan berterusan Israel mendapat kecaman hebat daripada PBB, yang melaporkan sekurang-kurangnya 127 orang awam termasuk kanak-kanak terbunuh di Lubnan sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada akhir 2024.
Pegawai PBB memberi amaran bahawa serangan itu boleh disifatkan sebagai “jenayah perang.” - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel serang Lubnan
#Hezbollah
#Hamas
#infrastruktur ketenteraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami