awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel serbu rumah imam Masjid Al-Aqsa, larang lakukan perjalanan

Bernama
Bernama
04/12/2023
23:10 MYT
Israel serbu rumah imam Masjid Al-Aqsa, larang lakukan perjalanan
Pendakwah berusia 84 tahun itu ditahan beberapa kali oleh Israel dan dilarang memasuki Masjid Al-Aqsa selama beberapa bulan. - Foto X/Globe Eye News
BAITULMAQDIS: Ejen perisikan Israel menyerbu kediaman imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Ekrima Sabri di Baitulmaqdis Timur dan menyampaikan notis larangan perjalanan ke atas pendakwah itu, menurut peguamnya pada Isnin.
"Sabri telah diserahkan perintah yang menghalangnya daripada melakukan perjalanan," kata Khaled Zabarka kepada Agensi Anadolu.
Beliau berkata pendakwah Masjid Al-Aqsa itu menjadi sasaran kempen hasutan oleh kumpulan berhaluan kanan Israel.
"Rumahnya diserbu pada Ahad dan ejen itu menyerahkan perintah roboh bangunan tempat beliau tinggal dan pada Isnin beliau dilarang melakukan perjalanan.
"Pencabulan terhadap pendakwah itu adalah percubaan untuk menutup mulutnya yang dengan lantang menyuarakan kebenaran," kata peguam itu.
Pendakwah berusia 84 tahun itu ditahan beberapa kali oleh Israel dan dilarang memasuki Masjid Al-Aqsa selama beberapa bulan.
Sabri merupakan pengkritik tegar pendudukan Israel selama beberapa dekad di wilayah Palestin. Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan mufti Baitulmaqdis dan wilayah Palestin dari 1994 hingga 2006.
Masjid Al-Aqsa merupakan tempat suci ketiga umat Islam
Israel menduduki Baitulmaqdis Timur yang menempatkan Al-Aqsa semasa Perang Arab-Israel 1967. Ia mengilhakan seluruh bandar itu pada tahun 1980, langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imam Masjid Al-Aqsa
#Sheikh Ekrima Sabri
#larangan perjalanan
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan