awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel tahan 240 warga Palestin selepas serbuan di hospital

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2024
23:20 MYT
Israel tahan 240 warga Palestin selepas serbuan di hospital
Foto terakhir Dr Hussam di perkarangan Hospital Kamal Adwan sebelum ditahan tentera Israel. - Foto X/Suppressed News
GAZA: Israel menahan lebih 240 warga Palestin, termasuk puluhan petugas perubatan, selepas serbuan di Hospital Kamal Adwan, utara Gaza, pada Jumaat, menurut Kementerian Kesihatan dan tentera Israel.
Turut ditahan pengarah hospital, Dr Hussam Abu Safiya.
Kementerian Kesihatan menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan Dr Abu Safiya.
Beberapa kakitangan yang dibebaskan mendakwa beliau dipukul oleh tentera Israel.
Tentera Israel pula mendakwa hospital itu digunakan sebagai pusat operasi Hamas dan Dr Abu Safiya disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kumpulan itu.
Hamas menafikan tuduhan Israel bahawa pejuangnya beroperasi dari hospital tersebut sepanjang perang Gaza selama 15 bulan.
Bagaimanapun, Hamas tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penahanan 240 individu itu.
Pada Sabtu, Hamas menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensi antarabangsa campur tangan segera untuk melindungi hospital dan kemudahan perubatan di utara Gaza serta membekalkan bantuan yang diperlukan.
Mereka juga menyeru pemerhati PBB ditempatkan di fasiliti perubatan untuk menolak tuduhan Israel.
Serbuan itu menyebabkan Hospital Kamal Adwan, antara tiga hospital utama di kawasan itu, tidak lagi berfungsi.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini bimbang terhadap risiko nyawa 75,000 penduduk Palestin akibat pemusnahan sistem kesihatan dan pengepungan selama lebih 80 hari.
Sebahagian pesakit telah dipindahkan ke Hospital Indonesia, yang juga tidak beroperasi, manakala kakitangan perubatan dihalang bertugas.
Pesakit dan kakitangan lain pula dipindahkan ke fasiliti perubatan lain, menurut Kementerian Kesihatan.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Hospital Kamal Adwan
#Dr Hussam Abu Safiya
#Israel
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan