DUNIA
Israel tembak mati ratusan buaya, bimbang dijadikan 'senjata musuh'
Ratusan buaya ditembak mati oleh pemerintah Israel. - Foto Sinar Harian/Agensi
TEL AVIV: Keputusan pihak berkuasa Israel menembak mati ratusan buaya di sebuah ladang ternakan di Petza’el, Lembah Jordan, mencetuskan kecaman meluas kumpulan alam sekitar dan aktivis kebajikan haiwan selepas kerajaan mendakwa reptilia itu berpotensi digunakan sebagai ‘senjata’ dalam serangan sabotaj oleh pihak musuh.
Ringkasan AI
Pendedahan mengenai operasi pembunuhan besar-besaran yang berlaku Ogos lalu itu dibuat oleh Pentadbiran Awam Israel serta Pihak Berkuasa Alam Semula Jadi dan Taman Negara baru-baru ini.
Dalam kenyataan bersama, kedua-dua agensi mempertahankan tindakan tersebut sebagai langkah keselamatan ekoran kebimbangan bahawa ladang terbabit yang sudah lama mempunyai rekod pelanggaran keselamatan serta beberapa kejadian buaya terlepas dipercayai boleh menjadi sasaran pencerobohan.
Menurut pihak berkuasa, pihak musuh berpotensi memecah masuk ke ladang dan melepaskan ratusan buaya ke kawasan penempatan di Tebing Barat, sekali gus menimbulkan ancaman keselamatan dan risiko kecederaan orang awam.
Mereka turut menegaskan bahawa keputusan itu diambil selepas penilaian mendalam mengenai keadaan ladang yang didakwa semakin uzur dan tidak sesuai untuk penjagaan haiwan.
Bagaimanapun, tindakan drastik itu mengundang bantahan keras pelbagai organisasi kebajikan haiwan termasuk Let the Animals Live, Animals Now, Freedom Farm Sanctuary dan Keren Or Sanctuary.
Kumpulan tersebut menuduh kerajaan menyembunyikan maklumat penting serta gagal memberikan justifikasi kukuh mengapa keseluruhan populasi buaya perlu ditembak mati.
Mereka turut mendesak siasatan bebas serta protokol jelas bagi menangani insiden serupa pada masa hadapan.
Dalam respons balas, pihak berkuasa berkata ladang tersebut telah diberi amaran bertahun-tahun berhubung pelanggaran serius, termasuk pagar keselamatan yang rosak, pencerobohan pengunjung tanpa kebenaran serta insiden buaya terlepas yang memaksa kakitangan kerajaan melakukan pembaikan sendiri demi mengelakkan tragedi.
Beberapa reptilia yang terlepas sebelum ini berjaya ditangkap semula tanpa kemalangan jiwa.
Walaupun menerima tekanan supaya membuka siasatan, kerajaan Israel menegaskan pembunuhan buaya besar-besaran itu dilakukan di bawah permit memburu yang sah serta mematuhi piawaian antarabangsa yang digunakan oleh ladang buaya di seluruh dunia.
Mereka menyifatkan kejadian ini sebagai ‘khas dan luar biasa’, justeru tidak wajar dijadikan asas kepada garis panduan baharu peringkat nasional.
Dalam perkembangan berkaitan, penasihat khas Perdana Menteri Israel mengenai kebajikan haiwan, Tal Gilboa, turut menyokong keputusan tersebut dengan alasan keadaan ladang berkenaan sudah cukup untuk dianggap sebagai penderaan haiwan walaupun tanpa faktor keselamatan.
Sementara itu, beberapa kumpulan hak haiwan mempersoalkan ketelusan maklumat dan berpendapat penilaian kerajaan sendiri menunjukkan hanya seekor buaya mengalami kecederaan manakala majoriti yang lain berada dalam keadaan baik.
Mereka menegaskan hal itu menimbulkan persoalan besar tentang keperluan sebenar pembunuhan ratusan reptilia tersebut. - Sinar Harian memetik agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Ratusan buaya ditembak mati di ladang Petzael, Lembah Jordan, atas dakwaan ancaman keselamatan jika digunakan dalam serangan sabotaj.
- Aktivis alam sekitar dan kebajikan haiwan mengecam tindakan itu, mendakwa kerajaan gagal beri justifikasi kukuh dan sembunyikan maklumat.
- Pihak berkuasa pertahan tindakan sebagai sah di sisi undang-undang dan perlu kerana ladang uzur serta berisiko tinggi diceroboh.