GAZA: Tentera Israel membedil kawasan berhampiran Hospital Al-Quds di utara Semenanjung Gaza selepas rejim Zionis mengeluarkan amaran untuk segera mengosongkan bangunan tersebut.
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa bahawa hospital itu digunakan sebagai pusat arahan tentera oleh pejuang Hamas.
Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tidak berasas itu dan menegaskan bahawa Hospital Al-Quds menempatkan pesakit serta petugas kesihatan.
Malah, PRCS berkata ratusan orang awam kebanyakannya wanita dan kanak-kanak berlindung di kawasan hospital itu.
Menurut Al Jazeera, sekitar 14,000 orang berlindung di hospital berkenaan dan pengeboman Israel meletakkan nyawa orang awam dalam bahaya.
"Tentera Israel dengan sengaja terus melancarkan roket berhampiran Hospital Al-Quds dengan tujuan memaksa kakitangan perubatan, individu yang kehilangan tempat tinggal dan pesakit mengosongkan hospital.
"Pengeboman telah menyebabkan kerosakan besar kepada jabatan hospital dan mendedahkan penduduk dan pesakit kepada sesak nafas," menurut kenyataan PRCS.
Sebelum ini, IDF mendakwa terowong bawah tamah Hamas terletak di bawah hospital, masjid dan kawasan penempatan di Gaza.
"Untuk melumpuhkan Hamas, kita mesti membongkar terowong bawah tanah mereka," menurut kenyataan IDF di platform X.
Sementara itu, Mads Gilbert, seorang doktor Norway yang telah bekerja di hospital di Gaza selama beberapa tahun berkata tiada bukti bahawa kemudahan itu digunakan oleh pejuang Hamas.
"Saya mengenali Hospital Al-Quds sejak ia dibina. Terdapat blok perubatan baharu di Hospital Al-Shifa di bawah pengawasan antarabangsa.
"Selama bertahun-tahun bekerja di hospital-hospital ini, saya tidak pernah melihat sebarang tanda mana-mana tentera atau pusat arahan politik," kata Gilbert.
Tambahnya: "Dan jika Israel tidak dapat memberikan sebarang bukti, bagaimana kita boleh melihat ini sebagai perkara lain selain pembohongan dan alasan untuk mengebom hospital."
Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) dan Rumah Putih tidak mengeluarkan sebarang ulasan mengenai pengeboman sekitar Hospital Al-Quds.
Pada Sabtu, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus melahirkan kebimbangan beliau mengenai ancaman Israel itu menerusi catatan di akaun X beliau.
"Seperti yang WHO telah tegaskan berulang kali, mustahil untuk petugas di hospital yang sesak itu mampu untuk memindahkan pesakit dengan selamat.
"Mereka (petugas) mesti dibenarkan melaksanakan fungsi mereka untuk menyelamatkan nyawa. Mereka mesti dilindungi, " tegas beliau.
Terdahulu, Menteri Kesihatan Palestin Mai Alkaila merayu masyarakat antarabangsa dan semua pertubuhan hak asasi manusia untuk campur tangan dan melindungi Hospital Al Quds daripada ancaman serangan Israel. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Mon Oct 30 2023
Hospital Al-Quds rosak selepas terkena serpihan pengeboman Israel dan orang awam mengalami sesak nafas selepas habuk memasuki kemudahan tersebut. - Foto agensi
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Israel terus bedil kawasan berhampiran Hospital Al-Quds
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa bahawa hospital itu digunakan sebagai pusat arahan tentera oleh pejuang Hamas.
Ahli Parlimen AS tertanya reaksi Presiden Joe Biden berhubung ancaman terbaharu Israel bom sebuah lagi hospital
"Adakah anda akan berdiam diri?" soal Rashida Tlaib kepada Joe Biden.
Israel ancam bom sebuah lagi hospital di Gaza - Bulan Sabit Merah Palestin
Bulan Sabit Merah Palestin tuntut kuasa besar dan masyarakat antarabangsa bertindak segera halang misi pengeboman Israel ke atas Hospital Al-Quds.