Israel tutup pusat pemeriksaan utama di selatan Tebing Barat

Bernama
Februari 25, 2024 13:30 MYT
Tentera Israel pada Ahad menutup pusat pemeriksaan yang merupakan satu-satunya jalan menghubungkan selatan wilayah Tebing Barat dengan kawasan tengah dan utara wilayah terbabit. - Gambar fail/REUTERS
BETHLEHEM (Palestin): Tentera Israel pada Ahad menutup pusat pemeriksaan yang merupakan satu-satunya jalan menghubungkan selatan wilayah Tebing Barat dengan kawasan tengah dan utara wilayah terbabit.
Sumber keselamatan Palestin memberitahu Agensi Berita WAFA bahawa tentera rejim menutup sepenuhnya pusat pemeriksaan itu hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan kelewatan yang tidak dijangka.
Penutupan terbaharu itu berlaku di tengah-tengah peningkatan sekatan Israel terhadap kebebasan rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki, sejak tercetusnya pencerobohan rejim Zionis di Semenanjung Gaza pada 7 Okt 2023.
-- BERNAMA
#tentera Israel #tutup pusat pemeriksaan utama #selatan Tebing Barat #Palestin #Gaza