awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Istana Kensington siar gambar rasmi pertama Kate Middleton selepas jalani pembedahan

Agensi
Agensi
10/03/2024
12:31 MYT
Istana Kensington siar gambar rasmi pertama Kate Middleton selepas jalani pembedahan
Gambar menunjukkan Kate dalam keadaan duduk, dikelilingi Puteri Charlotte, Putera Louis dan Putera George, yang merangkul ibunya. - Istana Kensington
GAMBAR rasmi pertama Princess of Wales iaitu Kate Middleton telah dikeluarkan pihak Istana Kensington sejak kerabat diraja itu menjalani pembedahan abdominal pada Januari lalu.
Foto berkenaan, yang diambil oleh Putera William di Istana Windsor awal minggu ini, menunjukkan Kate yang tersenyum gembira bersama tiga putera dan puterinya.
Selain pesanan sempena Hari Ibu, foto itu juga tertera ucapan terima kasih daripada Kate sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diberikan orang ramai.
Dalam satu mesej yang dikongsi menerusi media sosial, kate berkata: "Terima kasih atas ucapan selamat dan sokongan yang diterima sepanjang dua bulan lalu. Selamat Hari Ibu kepada semua."
Gambar tersebut menunjukkan Kate dalam keadaan duduk, dikelilingi Puteri Charlotte, Putera Louis dan Putera George, yang merangkul ibunya.
Kate atau nama penuhnya Catherine Elizabeth Middleton, 42, berada di dalam wad selama 13 hari di London Clinic, berdekatan Regent's Park.
Selain dilawati suaminya, Putera William, Kate juga sempat dilawati Raja Charles sebelum baginda sendiri menerima rawatan di institusi kesihatan itu.
Pihak istana hanya berkongsi butiran ringkas mengenai keadaan kesihatan Kate, dan sekali gus mencetus spekulasi di media sosial. Bagaimanapun, satu yang dinyatakan adalah ia tiada kaitan dengan penyakit barah.
Difahamkan, Kate kini dijadual menjalani sesi pemulihan di kediaman sendiri dan meminta agar diberikan privasi kepadanya buat sementara, sebelum kembali dibenarkan menjalankan tugas-tugas rasmi.
Topic Berkaitan
#Kate Middleton
#Pembedahan
#kesihatan
#istana kensington
#Windsor
#Putera William
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan