awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu gaji: Guru di England lancar mogok dua hari lagi Julai ini

Agensi
Agensi
18/06/2023
02:45 MYT
Isu gaji: Guru di England lancar mogok dua hari lagi Julai ini
The Elizabeth Tower atau Big Ben, dilihat di tengah-tengah himpunan guru-guru yang mengadakan mogok berhubung pertikaian gaji di London, Britain, 15 Mac 2023. - Gambar fail REUTERS
GURU-guru di England akan melancarkan mogok pada 5 dan 7 Julai ini berhubung pertikaian gaji dan pembiayaan dengan kerajaan.
Menurut Kesatuan Pendidikan Kebangsaan (NEU), tarikh baharu itu adalah tambahan kepada sekurang-kurangnya enam hari mogok guru di England dari Februari hingga Mei lalu.
Para guru terlibat menolak tawaran gaji kerajaan untuk kenaikan purata sebanyak 4.5 peratus, ditambah dengan bayaran sekali sahaja sebanyak 1,000 pound sterling, pada April.
Kesatuan pendidikan terbesar Britain itu kini mengadakan satu lagi undian untuk melancarkan lebih banyak mogok pada musim luruh ini.
Walaupun guru-guru di Wales dan Scotland telah menyelesaikan pertikaian mereka, NEU mendakwa usaha Menteri Pendidikan Britain Gillian Keegan tidak cukup untuk menghentikan tindakan industri selanjutnya di England.
Kementerian Pendidikan Britain berkata, mogok itu akan menjejaskan pelajar dan menyebabkan lebih banyak gangguan kepada ibu bapa.
Pekerja dalam penjagaan kesihatan, pengangkutan, perkhidmatan awam dan sektor lain pernah melancarkan mogok sepanjang tahun lalu di seluruh Britain, susulan pertikaian gaji, ketika inflasi mencecah paras tertinggi dalam masa 40 tahun.
Topic Berkaitan
#England
#guru
#gaji
#mogok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan