KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dunia perlu bangkit dan menghentikan sikap hipokrit yang sangat jelas mengenai situasi yang sedang berlaku di Gaza.
Anwar berkata terdapat terlalu banyak percanggahan, penipuan dan kepura-puraan dalam arena politik antarabangsa, dan perbuatan ini mesti dihentikan.
"Malah, saya berani mengatakan bahawa pelajar cemerlang dalam sejarah dan geopolitik tidak semestinya terkejut. Anda bercakap tentang hak asasi manusia dan pada masa sama anda menafikan hak orang lain, saya merujuk contohnya anda mengutuk Rusia atas pencerobohan kerana keputusan Rusia untuk mengambil enklaf Rusia di Ukraine, adil.
"Tindakan itu dikutuk tetapi, isu pencerobohan Israel dan mengambil alih tanah rakyat Palestin, ia dibenarkan, dan bukan itu sahaja, malah perbuatan itu terus disokong dan dipertahankan," katanya dalam temu bual dengan Arab News pada Jumaat, di luar Sidang Kemuncak Pertama ASEAN-Majlis Keselamatan Teluk (GCC) di Riyadh.
Menyifatkan situasi yang berlaku di Gaza ketika ini sebagai suatu 'kegilaan', Anwar berkata Malaysia tetap dengan pendirian bahawa pencerobohan dan penindasan serta layanan buruk terhadap wanita dan kanak-kanak di Gaza sehingga menyebabkan mereka menderita, harus dihentikan.
"Saya tidak faham mengapa orang Israel tidak faham apa itu episod Holokus pada masa lalu dan kini ia dikenakan ke atas orang lain," katanya.
Mengulas ucapan perasmian Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed Bin Salman pada sidang kemuncak itu, Anwar berkata Malaysia menyokong penuh usaha Arab Saudi dan GCC untuk menamatkan krisis dan mencegah tercetusnya perang yang lebih serius.
"Tanpa dirancang, saya merupakan responden terawal dan secara serta-merta, saya terus mengucapkan terima kasih kepada beliau dan mengatakan bahawa kita bersama anda dan GCC, kerana apa yang anda katakan apabila anda memimpin, ia akan memberi impak yang kuat berbanding negara ASEAN yang jaraknya agak jauh.
"Tidak terlampau untuk mengatakan bahawa ucapan perasmian Putera Mahkota itu amat menyentuh hati saya, mereka bersemangat dan sudah tiba masanya seorang pemimpin dalam dunia Arab mengambil pendirian teguh atas dasar kemanusiaan," katanya.
Anwar berkata Putera Mahkota telah memainkan peranan utama di rantau ini termasuk menganjurkan dan menyelaras GCC serta Sidang Kemuncak Riyadh ASEAN.
Beliau berkata persidangan Menteri Luar bukan persidangan biasa, tetapi memperoleh beberapa parameter asas dan pemahaman mengenai kerjasama, khususnya mengenai bantuan kemanusiaan.
"Saya perlu ambil perhatian dan terima kasih kepada beliau, lebih penting lagi, nuansa diplomatik, adalah untuk membincangkan secara khusus peranan beberapa syarikat besar di sana dan terdapat beberapa syarikat kita sendiri di sini, dan bagaimana kita boleh memanfaatkan pengalaman masing-masing dari segi penyelidikan, teknologi baharu, penghantaran hijau, perdagangan dan pelaburan.
"Saya akan gunakan setiap minit untuk memastikan kita mendapatkan sesuatu yang penting untuk kedua-dua negara," kata Anwar.
Sementara itu dalam temu bual dengan Asharq Al-Awsat, Anwar menggesa masyarakat antarabangsa melakukan segala yang terdaya untuk menjamin keamanan di Semenanjung Gaza berikutan ribuan nyawa yang tidak bersalah, telah terkorban akibat serangan Zionis Israel.
Anwar berkata Malaysia percaya bahawa semua orang mesti bekerjasama untuk menghentikan kegilaan pembunuhan berterusan yang diamalkan oleh Israel di Palestin, khususnya di Semenanjung Gaza yang menjejaskan kehidupan orang yang tidak bersalah yang mendapat rawatan di hospital dan berlindung di tempat awam.
"Kami mengambil pendirian yang sangat teguh bersama-sama dengan saudara, kawan, sekutu, dan jiran kami. Perbuatan keji ini mesti berakhir.
"Masyarakat antarabangsa mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk menjamin keamanan. Dan saya maksudkan keamanan untuk semua (...) tetapi Gaza kini dikepung, dan orang ramai bergelut untuk hidup, tiada bekalan air, elektrik, makanan dan ubat-ubatan. Keadaan ini benar-benar tragis," kata Perdana Menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 22 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dunia perlu bangkit dan menghentikan sikap hipokrit yang sangat jelas mengenai situasi yang sedang berlaku di Gaza. - BERNAMA
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
AWANI Tonight: Batu Puteh RCI: PM dismisses persecution claims against Tun M
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim clarified that the Royal Commission of Inquiry on the Batu Puteh case was not to target Tun Dr. Mahathir Mohamad, noting that the special task force was formed under Datuk Seri Ismail Sabri's administration.
AWANI Tonight: Indonesia’s Prabowo mulls scrapping regional elections to cut costs
Indonesian President Prabowo Subianto suggests doing away with one of the country’s two nationwide elections to cut costs, resembling a model used during the country’s three-decade authoritarian rule.
AWANI Ringkas: Musa Aman bakal TYT Sabah baharu?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Peningkatan pelaburan dalam sektor teknologi wajar dimanfaatkan syarikat tempatan - PM Anwar
Peningkatan pelaburan yang ketara terutamanya dalam sektor teknologi muktahir ini wajar dimanfaatkan syarikat tempatan agar rakyat terus mendapat peluang yang sewajarnya.
Perluas industri halal Malaysia melangkaui pensijilan - PM
Perdana Menteri berkata industri ini mempunyai potensi yang besar dengan nilai dagangan halal dunia mencecah berbilion dolar.
RM250,000 bagi latihan keusahawanan, digital anak muda Liga Muslim Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan meluluskan peruntukan awal sebanyak RM250,000 untuk tujuan latihan bidang keusahawanan dan digital untuk anak muda Liga Muslim Pulau Pinang.
Kerajaan MADANI berada pada landasan betul dengan dasar yang jelas - TPM
Kerajaan MADANI berada pada landasan yang betul dalam mentadbir negara dengan dasar yang jelas, kata Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.
PM Anwar hargai usaha, semangat tinggi dipamerkan petugas bencana banjir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai usaha dan semangat tinggi dipamerkan petugas bencana banjir yang bertungkus lumus membantu menguruskan kebajikan serta keperluan mangsa.
PM sifatkan pemimpin guna sentimen perkauman sebagai golongan dangkal
Perdana Menteri berkata golongan ini turut mencerminkan sikap mereka yang berfikiran sempit dan berniat untuk menyemai kebencian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Gencatan senjata di selatan Lubnan elak lebih banyak keganasan, serangan - PM Anwar
Perjanjian gencatan senjata di Selatan Lubnan yang berkuat kuasa semalam akan mengelakkan lebih banyak keganasan dan serangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia berpeluang perluas keyakinan pelabur untuk terus pilih ASEAN - PM Anwar
Selaku Pengerusi ASEAN pada 2025, Malaysia berpeluang mengembangkan keyakinan pelabur untuk terus memilih ASEAN sebagai destinasi utama pelaburan.