awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Rohingya: Bukan lagi isu dalaman Myanmar, semua negara ASEAN perlu bantu - Pensyarah

Isabelle Leong
Isabelle Leong
10/11/2020
12:23 MYT
Isu Rohingya: Bukan lagi isu dalaman Myanmar, semua negara ASEAN perlu bantu - Pensyarah
Dr Mohd Hazmi berkata Myanmar tidak boleh mengatakan bahawa isu etnik Rohingya merupakan masalah dalaman kerana negara-negara jiran termasuk Malaysia juga menerima tempiasnya. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR:Semua negara anggota ASEAN perlu bekerjasama dalam membantu meringankan beban bencana kemanusiaan yang melanda Rakhine.
Biarpun bukan negara anggota kepada Konvensyen Status Pelarian 1951, Pensyarah Undang-undang Antarabangsa USIM, Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli berkata Malaysia sudah banyak menghulurkan bantuan berhubung isu berkenaan.
Dr Mohd Hazmi berkata kini tiba masanya untuk negara anggota konvensyen tersebut untuk menunaikan tanggungjawab mereka.
“Ini masanya untuk negara-negara anggota konvensyen untuk menghulurkan bantuan bagi membantu isu kes dari Rakhine ini.
“Apa gunanya salahkan Malaysia kononnya tidak jalankan tanggungjawab sedangkan kita sudah menjalankan tanggungjawab kita walaupun bukan negara anggota dalam Konvensyen Status Pelarian 1951,” katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
Tambahnya, anggota komuniti antarabangsa juga disaran untuk menyumbangkan usaha bagi mengurangkan penderitaan yang ditanggung kaum Rohingya.
“Tekanan bukan sahaja harus diberikan kepada Myanmar tetapi juga kepada negar-negara lain di dalam dan luar ASEAN untuk bekerjasama meringankan beban bencana kemanusiaan di Rakhine ini,” katanya.
Tambahnya, Myanmar tidak boleh mengatakan bahawa isu etnik Rohingya merupakan masalah dalaman kerana negara-negara jiran termasuk Malaysia juga menerima tempiasnya.
“Isu Rakhine ini bukan lagi isu dalaman Myanmar.
“Apabila berlaku pergolakan di negara itu, penduduk bukan warganegara di situ akan keluar dari Rakhine dan pergi ke Thailand, Malaysia dan Indonesia.
“Akhirnya menjadi isu kemanusiaan serantau, seperti apa yang berlaku di Eropah berkenaan migran dari Afrika,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#isu rohingya
#Rakhine
#Myanmar
#isu dalaman
#negara asean
#Konvensyen Status Pelarian 1951
#Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli
#Thailand
#Indonesia
#Malaysia
#pelarian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan