awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Selatan Thai: Bangkok lantik tokoh bukan tentera sebagai ketua perunding

Astro Awani
Astro Awani
27/11/2023
06:35 MYT
Isu Selatan Thai: Bangkok lantik tokoh bukan tentera sebagai ketua perunding
Chatchai bakal menggantikan Jeneral Wanlop Rugsanaoh yang mengakhiri mandatnya ekoran perubahan dalam kerajaan susulan pilihan raya umum pada Mei lalu. -Gambar Bangkok Post
BANGKOK: Kerajaan Thailand menamakan Chatchai Bangchuad sebagai ketua perunding mewakili kerajaan dalam dialog damai Selatan Thailand.
Portal Bangkok Post melaporkan beliau bakal menggantikan Jeneral Wanlop Rugsanaoh yang mengakhiri mandatnya ekoran perubahan dalam kerajaan susulan pilihan raya umum pada Mei lalu.
Chatchai kini menjawat jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Majis Keselamatan Thailand.
Laporan yang merujuk kepada kenyataan sumber turut menyatakan bahawa Perdana Menteri Srettha Thavisin mahukan individu awam atau tidak berkaitan dengan badan ketenteraan untuk badan perunding berkenaan.
Laporan ini sekali gus menidakkan andaian terdahulu bahawa dua individu yang merupakan ketua tentera di Kawasan Ketenteraan Keempat atau "the Fourth Army" akan dinamakan sebagai ketua perunding.
Laporan itu turut menyebut, mengenai hasrat Srettha untuk memperbaiki imej barisan perunding, serta pihak tentera.
Lantikan Chatchai juga dikatakan sebagai respons terhadap rasa kurang senang Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) serta kumpulan-kumpulan lain mengenai peranan pihak tentera yang mengetuai kumpulan perundin.
Chatchai bukan sosok asing dalam hal berkaitan proses damai selatanThai.
Sebagai tokoh awam dalam Majlis Keselamatan Negara Thailand, beliau sering terlibat dalam hal-hal berkaitan ancaman keselamatan di negara berkenaan, termasuk isu Selatan thailand.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#Chatchai Bangchuad
#Wanlop Rugsanaoh
#ketua perunding
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan