DUNIA
Itali akan hantar kapal frigat kedua untuk sokong flotila ke Gaza - Menteri Pertahanan
Crosetto bagaimanapun berkata, tidak akan dapat menjamin keselamatan setelah mereka meninggalkan perairan antarabangsa dan memasuki perairan negara lain. - Reuters
MOSCOW: Itali akan menghantar sebuah kapal frigat kedua untuk menyokong Flotila Sumud Global (GSF) yang menuju ke Gaza, lapor Sputnik/RIA Novosti pada Khamis, memetik Menteri Pertahanan Itali Guido Crosetto.
Kapal pertama, kapal frigat Virginio Fasan, tiba di kawasan navigasi flotila itu untuk menjalankan operasi menyelamat, memberikan bantuan dan melindungi individu dalam bahaya.
"Ia akan disertai oleh sebuah lagi kapal, Alpino, yang mempunyai keupayaan lain.
"Kami tidak berniat untuk menggunakan kapal Itali untuk mengisytiharkan perang ke atas negara sahabat. Matlamat kami adalah berbeza, untuk membuatkan orang ramai menyedari risiko yang terdedah kepada mereka yang berada di atas kapal itu," kata Crosetto kepada Dewan Perwakilan Itali.
Itali, seperti mana-mana negara, tidak dapat menjamin keselamatan flotila itu jika ia memasuki perairan Israel, kata menteri itu. Beliau menggesa aktivis untuk menerima tawaran daripada Gereja Roman Katolik dan Kerajaan Itali untuk memindahkan bantuan melalui saluran rasmi untuk dihantar kepada penduduk Gaza.
"Tanggungjawab kerajaan adalah untuk memastikan tiada seorang pun daripada mereka yang berada di atas kapal ini dicederakan, tanpa mengira pandangan atau perbezaan politik mereka ... dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan kepada semua orang di atas kapal yang keadaan adalah membimbangkan.
"Kami tidak akan dapat menjamin keselamatan setelah mereka meninggalkan perairan antarabangsa dan memasuki perairan negara lain," kata Crosetto.
Awal Rabu, dron menyerang sekurang-kurangnya 10 kapal dalam flotila itu, lapor Al Jazeera. Akibat serangan, kerosakan material berlaku, tetapi tiada kecederaan dilaporkan.
Percubaan sebelumnya oleh flotila bantuan untuk memecahkan sekatan Semenanjung Gaza tidak berjaya. Pada Jun, kapal kemanusiaan Madleen yang membawa aktivis alam sekitar Sweden Greta Thunberg, bersama 12 aktivis dan wartawan, ketika dalam perjalanan ke Gaza, tetapi pasukan Israel memintasnya di perairan antarabangsa, menahan kru dan mengusir mereka.
Pada Julai, kapal Handala dipintas oleh Israel dan sukarelawan di dalamnya diculik.
Pada September, kapal Alma diserang menggunakan dron semasa berlabuh di pelabuhan Sidi Bou Said di Tunisia.
-- BERNAMA