awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR desak AS henti tindakan ketenteraan terhadap Venezuela
Maduro dibawa turun dari pesawat dengan kawalan ketat di New York
Lebih 45 peratus pasangan muda terjerat hutang lepas kahwin, ini puncanya...
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Itali dijangka hadapi gelombang haba

Bernama
Bernama
18/06/2024
21:45 MYT
Itali dijangka hadapi gelombang haba
Orang ramai beratur di sebuah air pancut untuk menyegarkan diri pada hari yang panas di Piazza di Spagna, Rom, 18 Jun 2024. - Foto AP
ROM: Itali dijangka mengalami gelombang haba dalam beberapa hari akan datang, dengan suhu mencapai hampir 40 darjah Celsius mulai Rabu, ramal ahli meteorologi pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Di pulau besar Sicily dan Sardinia serta di Wilayah Selatan Puglia, suhu boleh melebihi 40 darjah Celsius di beberapa tempat pada Khamis, ramal perkhidmatan cuaca rasmi Tentera Udara Itali.
Di Rom, suhu sehingga 38 darjah Celsius dijangka pada Khamis. Di beberapa bahagian Campania, di mana Naples terletak, suhu setinggi 40 darjah Celsius dijangka.
Di Tuscany, orang ramai boleh menjangkakan suhu antara 32 hingga 36 darjah Celsius, menurut ahli meteorologi.
Ia juga akan menjadi sangat panas di Emilia-Romagna di pantai Adriatik.
Namun, wilayah utara Itali akan terselamat daripada suhu yang terlalu tinggi.
Menurut laman cuaca ilmeteo.it, cuaca panas di tengah dan selatan Itali disebabkan oleh kawasan tekanan tinggi dari Afrika yang dinamakan 'Minos' bergerak ke arah Itali.
Udara panas ini disertai dengan kelembapan tinggi dan malam yang panas.
Menjelang hujung minggu, gelombang haba ini akan melemah. Pakar cuaca menjangkakan ribut petir yang teruk, terutamanya di utara, dan penurunan suhu.
-- BERNAMA
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#gelombang haba
#Minos
#kawasan tekanan tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan