awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Itali dilanda banjir, hujan lebat

Bernama
Bernama
19/10/2024
02:15 MYT
Itali dilanda banjir, hujan lebat
Itali dilanda banjir dan hujan lebat dalam tempoh 24 jam yang lepas dengan amaran dikeluarkan bagi beberapa wilayah di seluruh negara, menurut pihak berkuasa tempatan dan perkhidmatan kecemasan. - Gambar fail Reuters
ROM: Itali dilanda banjir dan hujan lebat dalam tempoh 24 jam yang lepas dengan amaran dikeluarkan bagi beberapa wilayah di seluruh negara, menurut pihak berkuasa tempatan dan perkhidmatan kecemasan, lapor Xinhua.
Menurut pasukan bomba, di wilayah Emilia Romagna tengah, sekurang-kurangnya tiga keluarga terpaksa dipindahkan di wilayah Bologna selepas sebatang sungai melimpah.
Di wilayah pantai barat laut Liguria, seorang lelaki berusia 75 tahun maut pada Khamis setelah terjatuh ke dalam gaung di kawasan hutan akibat hujan lebat, menurut media tempatan.
Agensi perlindungan alam sekitar (ARPA) di wilayah itu mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan luar biasa sehingga petang Jumaat.
Rangkaian kereta api turut mengalami gangguan perkhidmatan terutama di utara Itali, dengan rangkaian perkhidmatan di antara Treviso dan Vicenza di wilayah Veneto dihentikan sepenuhnya pada Jumaat.
Pihak berkuasa wilayah di Tuscany mengisytiharkan darurat bagi beberapa kawasan di wilayah itu.
Di selatan, sekurang-kurangnya lapan isi rumah dipindahkan di wilayah Naples selepas sebuah bangunan kediaman runtuh akibat hujan lebat.
Jabatan Perlindungan Awam Kebangsaan mengeluarkan amaran merah pada Sabtu bagi beberapa kawasan di Emilia Romagna tengah dan amaran jingga untuk Veneto, Calabria, Puglia, Sicily, dan seluruh Emilia.
Amaran merah dan jingga masing-masing menunjukkan tahap risiko hidrologi tertinggi dan kedua tertinggi dalam sistem amaran empat peringkat negara itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir Itali
#Emilia Romagna
#hujan lebat
#darurat Tuscany
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan