DUNIA
Itali kecam rancangan Israel bina penempatan baharu di Tebing Barat
Meloni (foto) mengecam keputusan Israel membina penempatan haram baharu di Tebing Barat kerana bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan mengancam penyelesaian dua negara. -Gambar fail/AP
MOSCOW: Itali mengecam keputusan Israel membenarkan pembinaan penempatan haram baharu di Tebing Barat kerana bertentangan dengan undang-undang antarabangsa, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik Perdana Menteri Giorgia Meloni.
Ringkasan AI
Penyiar Israel, Kan pada Rabu melaporkan jawatankuasa pentadbiran awam bagi Judea dan Samaria - rujukan Israel bagi Tebing Barat - telah meluluskan pembinaan 3,400 rumah di kawasan Mevaseret Adumim (E1), yang akan menghubungkan Baitulmuqaddis dan Maale Adumim, sekali gus menjejaskan keutuhan wilayah Palestin.
"...Keputusan ini bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan berisiko menggagalkan penyelesaian dua negara serta, secara lebih umum, prospek politik untuk mencapai keamanan yang adil dan berkekalan," kata Meloni dipetik sebagai berkata oleh Istana Chigi.
Perdana menteri itu berkata keputusan melancarkan operasi ketenteraan baharu di Semenanjung Gaza merupakan satu lagi peningkatan ketenteraan yang hanya akan memburukkan lagi situasi kemanusiaan yang sedia teruk.
Sebaliknya, usaha kolektif diperlukan untuk mencapai gencatan senjata dan membebaskan tawanan, di samping memperkukuh usaha antarabangsa bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, tambah Meloni.
Pada Rabu, penyiar Israel Kan melaporkan bahawa Menteri Pertahanan Israel Israel Katz telah meluluskan operasi untuk menawan Bandaraya Gaza.
Akhbar The Jerusalem Post pula melaporkan pada Rabu malam dengan memetik jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF) Effie Defrin bahawa IDF telah melancarkan serangan ke atas Bandaraya Gaza dengan tentera Israel kini menguasai kawasan pinggir bandar berkenaan.
Stesen radio tentera Israel Galei Tzahal pada hari sama turut melaporkan bahawa operasi Israel untuk menawan Bandaraya Gaza akan berlanjutan sehingga 2026 dan sehingga 130,000 askar simpanan akan terbabit pada kemuncak operasi itu.
Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Stephane Dujarric pada Rabu berkata PBB mengecam keputusan Israel memperluas aktiviti penempatan haram di Tebing Barat dan menentang sebarang aktiviti penempatan di wilayah yang diduduki.
Setiausaha Luar United Kingdom David Lammy pula berkata rancangan Israel membina sebuah penempatan besar di Tebing Barat akan membahagikan Palestin kepada dua dan merupakan pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Itali mengecam keputusan Israel membina penempatan haram baharu di Tebing Barat kerana bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan mengancam penyelesaian dua negara.
- Israel melancarkan operasi ketenteraan besar untuk menawan Bandaraya Gaza, dengan rancangan melibatkan sehingga 130,000 askar simpanan dan tempoh operasi dijangka berlanjutan hingga 2026.
- PBB dan UK turut mengutuk tindakan Israel, manakala Perdana Menteri Itali menyeru gencatan senjata dan pembebasan tawanan serta peningkatan bantuan kemanusiaan ke Gaza.