Itali mansuh arahan pelitup muka di luar rumah

Astro Awani
Februari 12, 2022 00:43 MYT
Orang ramai bersiar-siar di Trinit dei Monti pada hari pertama pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di tempat terbuka, di Rom, Itali, 11 Feb 2022. REUTERS
ITALI menarik balik arahan mewajibkan pemakaian pelitup muka di luar rumah, bermula Jumaat.
Bagaimanapun, arahan pemakaian pelitup muka masih terpakai di tempat awam yang tertutup dan ketika menaiki pengangkutan awam.
Reaksi terhadap perubahan prosedur operasi standard itu dilihat bercampur-campur dengan sesetengah penduduk menganggapnya suatu 'pembebasan'.
Manakala segelintir yang lain pula mengakui akan terus memakai pelitup muka untuk melindungi anak-anak mereka di tempat awam.
Kerajaan memutuskan untuk menarik balik arahan tersebut selepas penurunan kes COVID-19 di negara itu dan peningkatan jumlah individu yang divaksin sepenuhnya.
Kira-kira 77.5% daripada keseluruhan penduduk Itali telah lengkap menerima sekurang-kurangnya dua suntikan vaksin COVID-19.
#pelitup muka #Itali #COVID-19 #suntikan vaksin