Itali mulakan misi evakuasi dari Kabul

Astro Awani
Ogos 18, 2021 23:51 MYT
Warga Itali termasuk diplomat, orang awam dan kolaborator Afghanistan kelihatan di lapangan terbang antarabangsa Fiumicino di Rom, setelah turun dari pesawat Tentera Udara Itali yang membawa mereka keluar dari Kabul, 16 Ogos 2021. (Foto AP)
SEBUAH jet Angkatan Udara Itali menerbangkan 86 penumpang ke lapangan terbang utama Rom dari Kabul setelah Taliban berkuasa di Afghanistan.
Mereka terdiri daripada warga Itali serta anggota Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), menurut Kementerian Luar Negara.
Itali turut membawa warga Afghanistan yang bekerja dengan Itali serta ahli keluarga mereka.
Penerbangan pada Rabu itu adalah misi evakuasi kedua oleh Itali minggu ini.
Pegawai Itali memaklumkan, akan mengerahkan sejumlah tujuh jet tentera lagi untuk membawa penumpang keluar dari Lapangan Terbang Kabul.
Pada Jun lalu, Itali membawa keluar semua anggota tenteranya dari Afghanistan, sekali gus mengakhiri penempatan selama 20 tahun di situ.
#Itali #Afghanistan #Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara #Taliban #penerbangan #NATO #Kesatuan Eropah #Kementerian Luar #diplomat #evakuasi #bawa keluar