awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima maut dalam kebakaran di selatan India
RM2.6 juta diperuntuk untuk 37 projek RT Progresif di Kelantan
Aksi "wheelie" di RnR Sungai Bakap: Polis tahan dua lagi individu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Itali, Perancis dan Greece perlu jelaskan dakwaan 'laluan udara untuk Netanyahu' - Pakar PBB

Astro Awani
Astro Awani
09/07/2025
06:10 MYT
Itali, Perancis dan Greece perlu jelaskan dakwaan 'laluan udara untuk Netanyahu' - Pakar PBB
Albanese (foto) gesa Itali, Perancis dan Greece menjelaskan tindakan membenarkan pesawat PM Israel Benjamin Netanyahu melintasi ruang udara mereka walaupun dia dikenakan waran tangkap oleh ICC. -Gambar fail/Reuters
GENEVA: Pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Albanese, menggesa kerajaan Itali, Perancis dan Greece untuk menjelaskan tindakan mereka membenarkan pesawat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu melintasi ruang udara negara masing-masing, meskipun dia sedang diburu Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Ringkasan AI
  • Pakar PBB Francesca Albanese menggesa Itali, Perancis dan Greece menjelaskan tindakan membenarkan pesawat PM Israel Benjamin Netanyahu melintasi ruang udara mereka walaupun beliau dikenakan waran tangkap oleh ICC.
  • Negara-negara tersebut, sebagai pihak kepada Statut Rom, mempunyai kewajipan undang-undang untuk menangkap individu yang diburu ICC, dan tindakan mereka dianggap mencabuli undang-undang antarabangsa.
  • Kritikan turut datang daripada pakar undang-undang yang menegaskan ruang udara adalah wilayah berdaulat dan tertakluk kepada tanggungjawab kerjasama dengan ICC, manakala hujah kekebalan sebagai ketua negara telah ditolak oleh ICC.

Albanese, yang merupakan Pelapor Khas PBB bagi wilayah Palestin yang diduduki, menyatakan bahawa ketiga-tiga negara tersebut — sebagai pihak kepada Statut Rom — mempunyai kewajipan undang-undang untuk menangkap individu yang dikenakan waran oleh ICC, termasuk Netanyahu.
“Rakyat Itali, Perancis, dan Greece berhak mengetahui bahawa setiap tindakan politik yang melanggar perintah undang-undang antarabangsa melemahkan dan membahayakan mereka,” tulis beliau dalam satu hantaran di platform X.
The governments of Italy, France, and Greece must explain why they provided airspace and safe passage to ICC-wanted Benjamin Netanyahu, whom they are obligated to arrest. Italian, French and Greek citizens deserve to know that every political action violating the int'l legal https://t.co/gfcAZQOOFi
— Francesca Albanese, UN Special Rapporteur oPt (@FranceskAlbs) July 9, 2025
Netanyahu dilaporkan telah melintasi ruang udara ketiga-tiga negara itu pada 7 Julai dalam perjalanan ke Amerika Syarikat, yang bukan merupakan pihak kepada Statut Rome.
Tindakan ini mencetuskan kritikan daripada pakar undang-undang antarabangsa yang menegaskan bahawa ruang udara adalah sebahagian daripada wilayah berdaulat sesebuah negara, dan oleh itu tertakluk kepada kewajipan penahanan di bawah Statut Rom dan Konvensyen Tokyo 1963.
Menurut Profesor Sergey Vasiliev dari Universiti Terbuka Belanda, kegagalan untuk bertindak terhadap laluan Netanyahu melanggar tanggungjawab kerjasama sepenuhnya dengan ICC seperti yang diperuntukkan dalam Artikel 86 Statut Rom.
Sementara itu, Perancis dan Itali sebelum ini berhujah bahawa Netanyahu mungkin menikmati kekebalan sebagai ketua negara, namun hujah tersebut telah ditolak oleh ICC dan pakar undang-undang antarabangsa terkemuka.
Albanese turut menekankan bahawa tindakan membenarkan laluan udara kepada pemimpin yang dikenakan waran tangkap bukan sahaja mencabuli undang-undang antarabangsa, tetapi juga menjejaskan integriti sistem keadilan global dan usaha menentang jenayah paling serius di peringkat antarabangsa.
Topic Berkaitan
#Francesca Albanese
#Benjamin Netanyahu
#Itali Perancis dan Greece
#melintasi ruang udara
#waran tangkap oleh ICC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan