DUNIA
Jabatan Negara AS beri amaran warga asing mengenai hantaran media sosial selepas kematian Kirk
Penguat kuasa bersedia untuk memeriksa sebuah bangunan selepas pembunuhan Kirk di Utah Valley University. - Gambar/ AP
WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada warga asing berhubung kemungkinan tindakan terhadap mereka sekiranya menyokong atau mewajarkan keganasan dalam talian berikutan pembunuhan aktivis konservatif Charlie Kirk, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Timbalan Setiausaha Negara, Christopher Landau pada Khamis menulis di platform X bahawa "berdasarkan pembunuhan kejam semalam terhadap seorang tokoh politik terkemuka, saya ingin menegaskan bahawa warga asing yang mengagungkan keganasan dan kebencian tidak dialu-alukan untuk melawat negara kami."
Landau tidak menyebut nama Kirk secara langsung.
Beliau juga berkata bahawa pihaknya telah mengarahkan pegawai konsular untuk mengambil tindakan, tanpa memperincikan langkah yang bakal diambil.
Landau turut menggesa orang ramai melaporkan kepadanya sebarang komen warga asing berhubung isu itu supaya Jabatan Negara dapat "melindungi rakyat Amerika," namun tidak menyebut kes tertentu.
Kirk, penyokong tegar Presiden AS Donald Trump ditembak di leher ketika menghadiri acara di Universiti Utah Valley (UVU) pada Rabu dan meninggal dunia akibat kecederaan.
Usaha mengesan penembak masih diteruskan.
-- BERNAMA