Jabatan Negara AS keluar amaran perjalanan, gesa rakyat segera tinggalkan Iran

Amaran tersebut turut menasihatkan rakyat AS supaya mengelak kawasan demonstrasi. -Gambar fail/AP
WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa semua warganya yang berada di Iran supaya meninggalkan negara itu dengan segera berikutan keadaan keselamatan yang semakin meruncing.
Ringkasan AI
- Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya di Iran segera meninggalkan negara itu berikutan keadaan keselamatan yang meruncing.
- Warganegara AS disarankan merancang perjalanan keluar tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan AS, dan mengelak kawasan demonstrasi serta menyediakan bekalan makanan dan ubat mencukupi.
- Gangguan komunikasi di seluruh Iran dilaporkan berlaku berserta sekatan internet dan pembatalan penerbangan keluar dari negara akibat protes besar-besaran berikutan tekanan ekonomi dan inflasi tinggi.
"Pertimbangkan laluan darat ke negara jiran seperti Armenia atau Turkiye jika dinilai selamat,” menurut kenyataan itu.
Amaran tersebut turut menasihatkan rakyat AS supaya mengelak kawasan demonstrasi, elak menonjolkan diri, dan menyediakan bekalan makanan, air serta ubat-ubatan mencukupi sekiranya tidak dapat beredar dengan segera.
Jabatan Negara AS juga memberi peringatan bahawa warganegara yang memiliki dua kerakyatan (AS–Iran) berisiko ditahan kerana Iran tidak mengiktiraf dua kerakyatan dan boleh menahan individu yang menunjukkan pasport AS atau bukti hubungan dengan Amerika.
Selain itu, gangguan komunikasi dilaporkan berlaku di seluruh Iran termasuk sekatan internet dan talian telefon, manakala beberapa syarikat penerbangan dilaporkan membatalkan penerbangan keluar dari negara berkenaan.
Protes besar-besaran yang tercetus sejak beberapa minggu lalu akibat tekanan ekonomi dan inflasi tinggi telah mengakibatkan ratusan kematian serta ribuan penahanan, menurut laporan hak asasi antarabangsa.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat kepada warganya yang berada di Iran? A: Warganegara AS digesa meninggalkan Iran dengan segera disebabkan keadaan keselamatan yang semakin meruncing, tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan AS.
- Q: Apakah tindakan yang disarankan oleh jabatan berkenaan kepada warganegara AS di Iran? A: Warganegara AS disarankan untuk mengelak kawasan demonstrasi, tidak menonjolkan diri, serta menyediakan bekalan makanan, air, dan ubat-ubatan mencukupi sekiranya tidak dapat beredar dengan segera.
- Q: Apakah risiko yang dihadapi oleh warganegara AS yang memiliki dua kerakyatan (AS–Iran) di Iran? A: Warganegara AS yang memiliki dua kerakyatan berisiko ditahan kerana Iran tidak mengiktiraf dua kerakyatan, dan individu yang menunjukkan pasport AS atau bukti hubungan dengan Amerika boleh ditahan.
- Q: Apa kesan daripada protes besar-besaran yang berlaku di Iran? A: Protes besar-besaran di Iran akibat tekanan ekonomi dan inflasi tinggi telah menyebabkan ratusan kematian serta ribuan penahanan, menurut laporan hak asasi antarabangsa.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

