SHANGHAI:Hartawan dan pengasas Alibaba.com, Jack Ma membuat penampilan yang pertama setelah dilaporkan 'hilang' dari pandangan umum sejak Oktober tahun lalu.
Mogul terkenal dari China itu tampil menerusi sebuah panggilan video bersama sekumpulan guru pada Rabu, sekali gus meredakan kebimbangan orang ramai berkenaan misteri kehilangannya dari masyarakat umum.
Dalam video berdurasi 50 saat itu, Ma dikatakan berpakaian tentera laut, berbicara terus ke kamera dari sebuah bilik berdindingkan marmar kelabu.
Bagaimanapun, keberadaannya dalam bilik tersebut tidak jelas.
Dalam video berkenaan, beliau secara ringkas menyatakan para guru yang menerima Anugerah Guru Luar Bandar Jack Ma pada tahun-tahun sebelumnya, akan menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Yayasan Jack Ma di bandar Sanya di pinggir pantai China.
Spekulasi mengenai keberadaan Ma sebelum ini semakin memburuk apabila dia digantikan daripada menjadi juri bagi episod akhir program realiti miliknya di China.
Memetik laporan Reuters, salah satu entiti perniagaan Ma iaitu Ant Group kini berada dalam pemantauan Beijing susulan kenyataan kontroversinya melalui sebuah forum di Shanghai yang mengkritik sistem kewangan China yang dikatakan menyekat inovasi.
BACA: Jack Ma dilapor 'hilang': Ini fakta penting yang diketahui
Ia sekali gus mengakibatkan berlakukan ketidaksefahaman antara Ma dan Presiden China, Xi Jinping.
Rentetan daripada peristiwa berkenaan, pengawal selia China turut mengarahkan Ant merombak semula perniagaannya, termasuk pembatalan IPO Ant bernilai AS$35 bilion, memperketat peraturan Fintech dan melancarkan siasatan, semuanya dalam tempoh beberapa minggu sahaja.
Berita kemunculan Ma turut memberi kesan kepada saham Alibaba yang tersenarai di Hong Kong yang mana ianya melonjak sehingga 10 peratus seperti yang dilaporkan oleh Tianmu News.
"Kemunculan semula Jack Ma telah memberi ketenangan kepada para pelabur setelah banyak desas-desus yang berlaku, yang memungkinkan mereka kembali (stabil) dalam pasaran saham," kata Steven Leung, pengarah penjualan di sebuah syarikat broker, UOB Kay Hian yang berpengkalan di Hong Kong.
Agensi
Wed Jan 20 2021

Kemunculan Jack Ma turut memberi impak terhadap sahamnya di Hong Kong yang mana ia mencatatkan peningkatan sehingga 10 peratus. - Gambar fail

Malakoff buktikan komitmen terhadap agenda kelestarian alam
Malakoff kini melaksanakan inisiatif penjenamaan semula dalam usaha memacu agenda ke arah kelestarian alam dan dunia yang lebih hijau.

Lebih 1,000 jemaah hadir majlis bacaan Yasin sempena Hari Keputeraan Agong
Majlis itu bermula kira-kira 7 malam dengan bacaan Yasin dan doa selamat dipimpin Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni sebelum diteruskan dengan solat Maghrib.

Lima negeri terlibat pelantikan, pertukaran pengarah bomba baharu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengumumkan pertukaran dan pelantikan pengarah di lima negeri berkuat kuasa esok.

Rakyat boleh mohon terus projek infrastruktur kecil kepada Kementerian Ekonomi - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan membuka peluang kepada rakyat untuk membuat permohonan peruntukan bagi sebarang projek pembangunan dan infrastruktur kecil awam secara terus kepada kementerian.

INSKEN buka cawangan pertama di Sabah, sedia latihan usahawan
Terletak di Wisma IDS, Penampang, Kampus INSKEN Sabah beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu berada pada 4.6110/6165 berbanding dolar AS 4.6105/6155 ketika ditutup pada Rabu.

Melayu mudah lupa bersama PH - Abdul Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang melabelkan orang Melayu termasuk pemimpinnya yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebagai Melayu yang mudah lupa.

Penubuhan yayasan bagi setiap persatuan sukan tak munasabah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berpendapat agak sukar untuk setiap persatuan sukan menubuhkan yayasan sendiri khususnya bagi menjaga kebajikan bekas atlet mereka sewaktu di alam persaraan.

Jamal Abdillah, 29 penggiat seni dibenar saman tuntut royalti PRISM
Jamal menganggap keputusan itu juga adalah satu amaran kepada pihak badan pelesenan lain agar lebih telus dalam melaksanakan tugas dan memberi kesedaran kepada penggiat seni

Hanya JDT bida, Stadium Sultan Ibrahim hos final Piala FA 2023
Gelanggang keramat juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri, sah dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2023.

Jack Ma sandang jawatan profesor pelawat di universiti Jepun
Jack Ma sebelum ini dilaporkan telah dianugerahkan sebagai profesor kehormat daripada fakulti perniagaan University of Hong Kong.

Jack Ma kembali ke China
Ma membuat kemunculan di China ketika beliau mengadakan lawatan ke sekolah di bandar Hangzhou, wilayah Zhejiang pada Isnin.

Jack Ma dilihat berada di Bangkok
Pengasas Kumpulan Alibaba Jack Ma dilihat berada di Bangkok pada minggu ini dan bertemu dengan chef terkemuka dan juara Muay Thai.

Jack Ma 'bersembunyi' di Jepun?
Lokasi persembunyian Jack Ma didedahkan Financial Times (FT) memetik beberapa sumber selepas bilionair tersebut memilih untuk menjalani kehidupan secara 'low-profile'.

Jack Ma ke luar negara buat kali pertama selepas setahun
Beliau yang juga bekas pengerusi Alibaba Group Holding itu kini berada di Sepanyol untuk sesi study tour berkaitan bidang pertanian dan teknologi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Selepas berbulan menghilangkan diri, Jack Ma dilapor 'muncul semula' di Hong Kong
Hartawan itu menghilangkan diri selepas mengkritik pengawalseliaan kewangan China yang didakwanya keterlaluan pada Oktober tahun lalu.

Jack Ma letak jawatan sebagai Presiden Hupan University
Tindakan terhadap jutawan itu menyusul operasi besar-besaran kerajaan China terhadap gergasi media sosial itu.

Jack Ma akan letak jawatan presiden Universiti Hupan?
Tindakan tersebut didakwa kerana Beijing berusaha untuk menghadkan pengaruh Jack Ma.

Jack Ma muncul setelah 'hilang' dari pandangan umum
Ma sebelum ini dikatakan menghilang setelah mengkritik sistem kewangan China secara terbuka menerusi sebuah forum.