DUNIA
Jakarta kecam serangan Israel di Doha, gesa PBB ambil tindakan
Serangan ke atas ibu negara Qatar pada Selasa itu melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kedaulatan Qatar. - AP
JAKARTA: Indonesia pada Selasa mengutuk serangan Israel ke atas Doha, sambil menyifatkannya sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan ancaman kepada keselamatan serantau.
Kementerian Luar dalam kenyataan yang dimuat naik di platform X berkata serangan ke atas ibu negara Qatar pada Selasa itu melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kedaulatan Qatar.
"Indonesia mengutuk pencerobohan ini dan mengulangi gesaannya kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) supaya melaksanakan mandatnya dengan mengambil langkah-langkah segera dan tegas bagi menghentikan tindakan Israel dan memastikan kebertanggungjawapan," katanya.
Jakarta juga menegaskan solidaritinya bersama Qatar dan menyatakan ia kekal komited untuk menyokong usaha diplomatik ke arah keamanan yang adil dan berkekalan di Asia Barat berdasarkan penyelesaian dua negara.
Media melaporkan Israel melancarkan serangan ke atas kediaman seorang pemimpin Hamas ketika para perunding kumpulan itu sedang membincangkan cadangan gencatan senjata dan pertukaran tahanan terbaharu daripada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini