DUNIA

Jakarta terus dilanda cuaca ekstrem, banjir sehingga hujung Januari

Agensi 23/01/2026 | 11:23 MYT
Penduduk meredah banjir yang melanda kawasan Jakarta selepas hujan lebat berterusan, ketika BMKG memberi amaran cuaca ekstrem dijangka berlarutan hingga akhir Januari 2026. - Gambar/ X @SonoraFM92
KUALA LUMPUR: Bandaraya Jakarta dijangka akan terus terjejas dengan banjir besar dalam tempoh beberapa hari akan datang, susulan peningkatan intensiti hujan meningkat angin kencang sehingga akhir Januari 2026.


Ringkasan AI
  • Jakarta dijangka terus terjejas dengan banjir besar susulan peningkatan hujan lebat dan angin kencang hingga akhir Januari 2026.
  • BMKG mengesahkan keadaan atmosfera tidak stabil menyebabkan awan konveksi meningkat di selatan Indonesia, termasuk Jakarta, yang mengakibatkan banjir, genangan air besar, dan gangguan aktiviti harian.
  • Risiko cuaca terburuk dijangka pada 21, 22, dan 23 Januari 2026, namun intensiti hujan mungkin berkurang selepas tarikh tersebut.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Menurut Ketua Badan Metereologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG), Teuku Faisal Fathani, keadaan itu susulan keadaan atmosfera yang tidak stabil, menyebabkan pembentukan awan konveksi meningkat di bahagian selatan Indonesia termasuk Pulau Jawa dan Jakarta.

Dalam beberapa hari lepas, beliau berkata, hujan lebat berterusan telah mengakibatkan banjir yang mengganggu aktiviti harian penduduk Jakarta.

Katanya, BMKG merekodkan Jakarta beberapa kali terjejas oleh cuaca ekstrem sepanjang minggu terakhir Januari.

“Kami meminta masyarakat untuk tetap tenang, namun tetap berwaspada dalam menghadapi potensi cuaca ekstrem menjelang akhir Januari ini,” kata Teuku Faisal lagi.

Beliau berkata, tarikh 21, 22, dan 23 Januari 2026 menunjukkan risiko paling tinggi, namun intensiti hujan mungkin menurun selepas itu.

Dalam pada itu, Penolong Ketua Jabatan Meteorologi BMKG Andri Ramdhani menerangkan bahawa situasi ini dipengaruhi kemunculan rIbut tropika 97S di persisiran Laut India Selatan Indonesia, dengan kekuatan angin maksimum 15 knot (28 km/jam) dan tekanan udara minimum 1001 hPa.

Terangnya lagi, pergerakan sistem tersebut ke arah barat menguatkan pertemuan angin dari pesisir barat Sumatera hingga Nusa Tenggara, sekaligus meningkatkan pembentukan awan hujan di wilayah selatan Indonesia.

Jelasnya lagi,, Jakarta kekal dalam kategori wilayah berisiko cuaca ekstrem hingga akhir Januari 2026, dan masyarakat disaran terus waspada serta memantau amaran cuaca harian daripada BMKG.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah sebab utama bandar raya Jakarta dijangka akan terus terjejas dengan banjir besar dalam beberapa hari akan datang?
    A: Keadaan itu disebabkan oleh peningkatan intensiti hujan meningkat angin kencang susulan keadaan atmosfera yang tidak stabil, menyebabkan pembentukan awan konveksi meningkat di bahagian selatan Indonesia termasuk Pulau Jawa dan Jakarta.
  • Q: Apa yang mempengaruhi risiko cuaca ekstrem di Jakarta pada tarikh 21, 22, dan 23 Januari 2026?
    A: Risiko cuaca ekstrem di Jakarta pada tarikh tersebut dipengaruhi oleh kekuatan angin dan tekanan udara yang merupakan akibat kemunculan Ribut Tropika 97S di persisiran Laut India Selatan Indonesia.
  • Q: Apakah tindakan yang disarankan oleh Ketua BMKG kepada masyarakat Jakarta mengenai potensi cuaca ekstrem menjelang akhir Januari 2026?
    A: Ketua BMKG menasihati masyarakat Jakarta untuk tetap tenang tetapi waspada menghadapi potensi cuaca ekstrem menjelang akhir Januari 2026 serta memantau amaran cuaca harian daripada BMKG.
  • Q: Apa yang menyebabkan Jakarta kekal dalam kategori wilayah berisiko cuaca ekstrem hingga akhir Januari 2026?
    A: Jakarta kekal dalam kategori wilayah berisiko cuaca ekstrem kerana pergerakan sistem Ribut Tropika 97S ke arah barat yang menguatkan pertemuan angin dari pesisir barat Sumatera hingga Nusa Tenggara, sekaligus meningkatkan pembentukan awan hujan di wilayah selatan Indonesia.
  • Q: Apakah kesan genangan air besar dan gangguan aktiviti harian yang telah berlaku di Jakarta sepanjang minggu terakhir Januari?
    A: Genangan air besar dan gangguan aktiviti harian di Jakarta sepanjang minggu terakhir Januari telah mengakibatkan banjir, cuaca ekstrem, dan ketidakselesaan kepada penduduk Jakarta.



#Jakarta #cuaca ekstrem #banjir besar #Indonesia