DUNIA
Jake Larson, veteran Perang Dunia Kedua, bintang TikTok meninggal dunia pada usia 102 tahun
Jake Larson, veteran Perang Dunia Kedua yang lebih dikenali sebagai “Papa Jake” di platform TikTok, meninggal dunia dengan tenang pada 17 Julai lalu pada usia 102 tahun. - Gambar Reuters
CALIFORNIA: Jake Larson, veteran Perang Dunia Kedua yang lebih dikenali sebagai “Papa Jake” di platform TikTok, meninggal dunia dengan tenang pada 17 Julai lalu pada usia 102 tahun.
Berita pemergian Larson disahkan oleh cucunya, McKaela Larson, yang memaklumkan bahawa tokoh disayangi ramai itu masih sempat bergurau sebelum menghembus nafas terakhir.
Larson, yang menyertai Pengawal Kebangsaan AS seawal usia 15 tahun selepas berbohong tentang umurnya, memainkan peranan penting dalam merancang pendaratan tentera di Pantai Omaha semasa D-Day pada 6 Jun 1944.
Beliau kemudiannya menjadi suara penting dalam memperingati sejarah perang menerusi platform media sosial TikTok, @storytimewithpapajake, dengan lebih sejuta pengikut.
Pada Jun lalu, Larson diwawancara wartawan CNN, Christiane Amanpour di Normandy sempena ulang tahun ke-80 D-Day.
Temu bual berkenaan meraih Anugerah Emmy dan dikongsi bersama beliau – satu penghormatan yang amat bermakna buat tokoh itu.
“Saya bukan wira. Saya cuma mahu kisah rakan-rakan saya yang telah gugur terus diceritakan,” katanya dalam wawancara tersebut.
Anaknya, Karlan Larson berkata, anugerah itu kini dipamerkan di ruang tamu rumah mereka dan akan menjadi warisan keluarga buat generasi seterusnya.
Jake Larson dikenang bukan sahaja sebagai wira perang, tetapi juga sebagai penyampai sejarah yang merapatkan jurang generasi menerusi kisah hidup yang penuh inspirasi. - Agensi