ISTERI kepada Donald Trump, Melania Trump membuat lawatan ke sebuah pusat penjagaan kanak-kanak migran yang terpisah daripada keluarga mereka pada Khamis.

Ia merupakan lawatan pertamanya dan mendapat kecaman netizen selepas dilihat mengenakan jaket yang tertera tulisan ‘Saya benar-benar tidak peduli, adakah anda peduli?’ di belakang jaket tersebut.

Malenia memakai jaket kontroversi berkenaan ketika menaiki pesawat untuk ke Texas bagi membuat lawatan kerja sosial tersebut.

Bagaimanapun beliau menukar jaketnya sebaik tiba di pusat penjagaan kanak-kanak itu dan menggayakan jaket bewarna putih supaya tidak merumitkan lagi keadaan.

Bagaimanapun beliau menukar jaketnya sebaik tiba di pusat penjagaan kanak-kanak itu dan menggayakan jaket bewarna putih supaya tidak merumitkan lagi keadaan.
Melania menukar jaketnya sebaik tiba di pusat penjagaan kanak-kanak itu dan menggayakan jaket bewarna putih supaya tidak merumitkan lagi keadaan. - Foto Instagram/@melaniatrump.style

Menurut jurucakapnya, Stephanie Grisham, beliau menyeru orang ramai agar tidak membuat spekulasi negatif tentang wanita pertama AS berkenaan.

“Media seharusnya meluangkan masa dan tenaga mereka untuk melaporkan tentang tindakan dan usaha Melania untuk membantu kanak-kanak itu bukannya membuat spekulasi dan memberi tumpuan kepada pakaiannya.

“Ia hanya sehelai jaket dan tidak mempunyai apa-apa maksud tersirat,” ujarnya di platform akaun peribadi Twitternya.


Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi respon kepada perkara itu selepas pakaian isterinya menjadi kontroversi dan mendapat laporan media yang luas.

“‘SAYA BENAR-BENAR TIDAK PEDULI, ADAKAH ANDA PEDULI? yang ditulis pada bahagian belakang jaket Melania itu merujuk kepada Media yang melaporkan berita palsu. Melania telah mempelajari bagaimana mereka tidak jujur dan dia juga tidak lagi peduli,” tulisnya menerusi entri di laman sosial Twitter.


Melania membuat lawatan ke Texas sehari selepas suaminya menandatangani penamatan polisi memisahkan keluarga di sempadan yang menimbulkan kemarahan di Amerika Syarikat dan luar negara.