RAMALLAH: "Koridor Maut dan Penghinaan" begitulah yang disifatkan oleh wartawan Palestin Salwa Al Rabiah (bukan nama sebenar) yang terpaksa menempuhi Jalan Salah al-Din yang ditetapkan regim Israel sebagai "Koridor Kemanusiaan" untuk perpindahan ribuan penduduk Gaza dari utara ke selatan.
Al-Rabiah berkata: "Pada pagi 12 November, kami terpaksa bergerak keluar dari utara Gaza menuju selatan melalui Jalan Salah al-Din kerana hospital yang kami berlindung dibedil tentera Zionis", lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Beliau sebelum ini berlindung di Hospital al-Quds bersama 10 ahli keluarganya setelah pangsapuri mereka di Gaza musnah di serang tentera penceroboh Israel sejak 7 Okt lepas.
Hospital al-Quds yang diselia Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin yang terletak di Gaza City, merupakan hospital kedua terbesar di Semenanjung Gaza selepas Hospital Al-Shifa.
Al-Rabiah berkata sebaik tiba di satu kawasan, tentera Israel menahan kenderaan dan mengarahkan semua turun dan dipaksa berjalan kaki.
"Puluhan keluarga Palestin yang berada dalam kenderaan tiada pilihan kecuali akur pada arahan.
"Masing-masing menggendong anak dan menggalas beg pakaian, berjalan kaki di hadapan muncung kereta kebal yang mengawasi kami sepanjang perjalanan sejauh 14 kilometer hingga ke Wadi Gaza selama lebih 10 jam.
"Pada setiap sekatan jalan pula, kami ditahan lebih sejam setengah. Ada wanita yang menjadi mangsa pencabulan, ada juga yang barang kemas mereka dirampas. Malah, ada juga beberapa orang yang dipaksa menanggalkan pakaian dalam keadaan cuaca sangat sejuk di hadapan kami semua," katanya.
Menceritakan keadaan semasa berlindung di Hospitl al-Quds, Al-Rabiah berkata hospital itu menjadi tempat berlindung kira-kira 15,000 orang dengan keadaan sangat sesak dan kekurangan bekalan makanan serta ketiadaan air bersih untuk diminum.
"Keadaan bertambah buruk apabila kami menerima amaran hospital itu akan diserang. Kami hidup dalam ketakutan dan kebimbangan namun cuba menenangkan antara satu sama lain, walaupun kami tahu rejim Zionis benar-benar akan menyerang dan membunuh kami semua seperti yang berlaku di Hospital al-Mu'ammadani sebelum ini," katanya.
Setelah 20 hari dikepung, tentera Israel pada Sabtu memutuskan sepenuhnya bekalan elektrik dan air serta rangkaian telekomunikasi sebelum memulakan serangan.
"Saya meminta bantuan melalui laman media sosial, selain berhubung dengan Persatuan Palang Merah, namun mereka berkata masanya tidak sesuai dan meminta kami menunggu operasi menyelamat," katanya.
Sementara itu, seorang lelaki yang merupakan antara orang terakhir berjaya dibawa keluar dari Hospital al-Quds berkongsi detik ngeri yang dilaluinya.
"Ketika tidak sampai kira-kira 50 meter saya dan orang awam yang berlindung di hospital itu termasuk pesakit lain keluar meninggalkan kompleks hospital itu sambil mengangkat sepanduk putih, tentera Zionis melepaskan tembakan peluru hidup ke arah kami dan memaksa kami berpatah balik ke hospital.
"Kami kemudian diarah keluar melalui laluan lain untuk menuju ke Jalan Salah al-Din.
"Setelah dua jam berjalan, ada beberapa orang dalam kalangan kami menjadi mangsa sasaran penembak hendap. Akhirnya kami tiba di Jalan Salah al-Din sambil dikelilingi kereta kebal. Maka bermulalah detik paling menghinakan dalam hidup kami," kata lelaki itu.
Tentera Zionis turut bertindak mencampakkan debu tanah sebelum meminta menyerahkan kad pengenalan masing-masing.
"Ada beberapa orang pemuda dipanggil dan diminta untuk menanggalkan pakaian di hadapan kami. Saya dan beberapa orang lagi dikerahkan untuk masuk ke dalam sebuah lubang untuk disoal siasat," katanya.
Bukan itu sahaja, tentera Zionis turut menyoal siasat para doktor dan pegawai Palang Merah, ada doktor yang ditahan manakala beberapa orang diarah menghadap timbunan pasir.
"Kemudian, kami menyaksikan seorang pemuda ditembak dan tidak diketahui nasibnya sekarang. Sementara enam orang pemuda lagi dipaksa tunduk hormat kepada bendera penjajah sambil muncung senapang dihalakan ke arah mereka," katanya.
Operasi Hospital al-Quds di Gaza pada Ahad sudah terhenti sepenuhnya akibat ketiadaan bekalan petrol dan elektrik.
Selain dikepung dengan kereta kebal, bangunan hospital turut diserang bertubi-tubi dan dibedil dengan mortar mengorbankan pesakit dan penghuni yang berlindung di situ, menurut WAFA.
Kementerian Kesihatan Palestin pada Sabtu mengumumkan 26 daripada 35 buah hospital di Semenanjung Gaza sudah menghentikan operasi kerana ketiadaan bekalan petrol dan terputus bekalan eletrik.
Menurut laporan berita, sekurang-kurangnya 13,000 penduduk Palestine terbunuh manakala ribuan lagi cedera parah dalam serangan tanpa henti tentera Zionis Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023
Puluhan keluarga Palestin yang berada dalam kenderaan tiada pilihan kecuali akur pada arahan, dipaksa berjalan kaki di lintasan itu. - AP
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
Netanyahu berdepan penolakan dunia, menteri dalam kabinet perang sendiri - Penganalisis
Wajah sebenar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang dahagakan darah kini telah terdedah dan tidak lagi dapat menutup kepalsuan yang cuba dipaksakan kepada dunia.
Pahang hantar bantuan barangan 30 tan ke Palestin
Kerajaan Pahang akan menghantar 30 tan barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi meringankan beban rakyat Palestin.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
PM gesa AS henti salur senjata kepada Israel
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat (AS) menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.
'Zon kemanusiaan' Israel suatu pembohongan, tiada tempat selamat di Gaza - UNRWA
Dakwaan rejim Israel bahawa penduduk Gaza boleh berpindah ke 'zon selamat' atau 'zon kemanusiaan' ialah satu pembohongan.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Netanyahu juga berada di bawah tekanan Washington untuk mengakhiri konflik dengan segera.
Al-Mawasi 'neraka' ciptaan rejim Zionis
Lebih 400,000 penduduk Gaza kini berlindung di al-Mawasi tanpa mengetahui muslihat sebenar rejim Zionis menempatkan mereka di situ.